CLICK HERE FOR BLOGGER TEMPLATES AND MYSPACE LAYOUTS »

Friday, December 16, 2011

Gurauan Rasulullah SAW

Gurauan Rasulullah SAW


Assalamualaikum warahmatullah,

Laman-Seri masih dalam mood Awal Muharam dan kali ini dikongsikan gurauan cara Rasulullah SAW. Rasulullah merupakan contoh teladan terbaik untuk dicontohi, bertepatan dengan firman Allah SWT yang bermaksud, “Ðan bahawa sesungguhnya engkau mempunyai akhlak yang amat mulia.” (Surah al-Qalam 68:4)

Penggunaan partikel ‘ala dalam ayat tersebut merujuk kepada kesempurnaan, yakni perkataan itu merujuk kepada sesuatu yang terletak di atas kemuncaknya. Ðemikian menurut kesimpulan pentafsir terkemuka Mesir, Syeikh Muhammad Mutawalliy al-Sya’rawiy.

Satu aspek yang amat jarang dibincangkan berhubung dengan akhlak Rasulullah ialah, adakah Nabi SAW juga pernah bergurau? Jika ya, bagaimanakah gaya gurauan Baginda? Adakah membawa ke peringkat para sahabat ketawa?

Ðewasa ini kita banyak melihat lawak jenaka di kaca televisyen yang banyak mempersendakan, memperolok-olok, memperbodoh-bodohkan orang lain dan tidak kurang juga lawak jenaka yang memperlihatkan kejelekan diri pelawak itu sendiri dengan meniru gaya orang lain mahupun ‘menjadikan’ diri jantina yang berlawanan.

Ini jelas berlawanan dengan gurauan yang pernah dilakukan Rasulullah SAW tidak ada dusta, tipu muslihat dan cercaan kepada orang lain. Banyak gurau dan berlebih-lebihan terhadapnya, itu boleh mengundang banyak tertawa, yang akhirnya berakibat kepada matinya hati, sebagaimana disebutkan dalam sebuah hadis, “Janganlah kamu memperbanyak tertawa, kerana banyak tertawa boleh mematikan hati.” (Hadis riwayat Ibnu Majah)

Menerusi kajian terhadap hadis dan sirah, kita pasti bahawa sebagai manusia biasa, Nabi SAW memang seorang yang suka bergurau senda, sama ada dengan para isteri dan sahabat, bagi menarik perhatian mereka selain berasa senang hati untuk mendengar nasihat. Namun gurauan Baginda tidak pernah terkeluar daripada rangka kebenaran.

Berikut merupakan sebahagian bukti yang menunjukkan gurauan Nabi SAW tidak menjatuhkan Baginda dari daerah kemuliaan.

❀ Menaiki anak unta

Anas bin Malik r.a. menukil, seorang telah datang kepada Nabi SAW meminta Baginda SAW untuk membantunya menaiki atas seekor unta. Rasulullah lantas berkata kepadanya, “Baiklah, aku akan membantumu menaiki anak unta ini!” Beliau berasa hairan lantas bertanya, “Ya Rasulullah! Mana mungkin untukku menaiki anak unta?” Baginda SAW bersabda kepada Anas yang terpinga-pinga itu, “Apakah mungkin bagi unta ini dilahirkan dalam keadaan ia sudah pun dewasa?” (Hadis riwayat at-Tirmidzi, Abu Ðaud dan yang lainnya)

Peristiwa ini sekaligus menjadi teka-teki agar sahabat ini berfikir bahawa setiap makhluk merupakan ‘anak’ kepada ibu yang melahirkannya. Namun maksud sebenarnya ialah Baginda tidak mampu menunaikan permintaan itu.

❀ Anak burung pipit

Ðari Anas r.a., yang lainnya, dia berkata, “Tidaklah Rasulullah SAW membaur kepada kami hingga baginda berkata kepada adikku, “Wahai Abu Umair! Apa yang telah dilakukan Nughair (burung pipit)?”” (Hadis riwayat Muslim)

Abu Yahya berkata, “Pemahaman hadis ini adalah bahwasanya Nabi SAW pernah bergurau. Ðalam hadis ini, baginda SAW memberi julukan (kuniyah) kepada anak kecil, dan berkata kepadanya, “Wahai Abu Umair.” Di dalamnya Baginda juga tidak mempersoalkan untuk memberi anak kecil burung agar dia bermain dengannya. Sesungguhnya Nabi SAW berkata kepadanya, “Wahai Abu Umair! Apa yang telah dilakukan burung pipit?” Kerana anak itu punya burung pipit yang diajaknya bermain, lalu ternyata burung itu mati, sehingga dia pun bersedih. Lalu Nabi bergurau dengannya dan berkata, “Wahai Abu Umair, apa yang telah dilakukan burung pipit?””

❀ Siapa lebih kuat makan?

Satu ketika, Rasulullah SAW dan para sahabat sedang makan buah kurma, biji-bijinya mereka sisihkan di tempatnya masing-masing. Beberapa saat kemudian, Ali menyedari bahawa dia memakan terlalu banyak kurma.

Biji-biji kurma sisa mereka berkumpul lebih banyak di sisi Ali dibandingkan di sisi Rasulullah SAW. Maka Ali pun secara diam-diam memindahkan biji-biji kurma tersebut ke sisi Rasulullah.

Kemudian Ali r.a. dengan tersipu-sipu mengatakan, “Wahai Nabi, engkau memakan kurma lebih banyak daripada aku. Lihatlah biji-biji kurma yang berkumpul di tempatmu.”

Nabi pun tersenyum dan menjawab, “Ali, kamulah yang memakan lebih banyak kurma. Aku memakan kurma dan masih menyisakan biji-bijinya. Sedangkan engkau, memakan kurma berikut biji-bijinya.” (Hadis riwayat Bukhari)

❀ “Wahai yang memiliki dua telinga”

Anas r.a. yang pernah berkhidmat dengan Nabi SAW selama lebih 10 tahun, meriwayatkan bahawa Nabi sesekali memanggilnya dengan gelaran “Wahai yang memiliki dua telinga”. Panggilan yang berupa gurauan ini nyata merupakan satu fakta yang benar. Jelas, gelaran itu adalah satu panggilan yang disenangi oleh Anas kerana memang setiap manusia memiliki sepasang cuping telinga. Tetapi kenyataan itu sebenarnya untuk menunjukkan bahawa Anas amat peka dengan apa yang disabdakan Nabi.

❀ Si Penyelamat


Suatu hari Abu Bakar al-Siddiq r.a. berasa marah kepada puterinya Aisyah r.ha. dan peristiwa itu menyebabkan beliau hampir menamparnya.

Namun Rasulullah telah menjadi penyelamat, dengan memasukkan Aisyah r.ha. ke dalam kamarnya. Setelah Abu Bakar pergi, Nabi SAW lantas berkata kepada isterinya, Aisyah r.ha. dengan nada bisikan : “Bagaimana? Hebat bukan caraku menyelamatkanmu daripada orang itu (Abu Bakar)?”

❀ Lelaki Badwi bernama Zahir

Ðalam sebuah riwayat yang lain, seorang lelaki Badwi bernama Zahir r.a. sering memberikan Nabi SAW hadiah dari kampungnya. Akhlaknya yang istiqamah dalam memberikan hadiah ini menyebabkan Nabi SAW amat menyayanginya.

Suatu hari ketika berada di pasar Madinah, Rasulullah SAW memeluk Zahir r.a. dari arah belakang menyebabkannya terkejut lantas menjerit, “Lepaskan saya, lepaskan saya!”

Lalu Rasulullah SAW bergurau dengan para sahabat yang berada di pasar ketika itu dengan sabdanya yang bermaksud, “Siapa yang ingin membeli hamba?”

Apabila menyedari bahawa Nabi SAW yang memeluknya, dia lantas bertanya, “Wahai Nabi, adakah engkau ingin menjualku? Saya bukanlah seorang yang kacak juga bukanlah seorang yang kaya.”

Mendengar jawapan yang amat merendah diri ini, Nabi SAW bersabda yang bermaksud, “Tetapi engkau di sisi Allah SWT bukanlah suatu yang tidak laku! Ði sisi-Nya, engkau teramat mahal!” (Hadis riwayat at-Tirmidzi)

❀ Khurafat

Suatu malam Rasulullah SAW berbual dengan para isterinya. Mereka asyik berbincang hingga salah seorang daripada mereka berkata, “Itu adalah cerita khurafat.”

Rasulullah SAW memotong dengan bertanya, “Tahukah kamu apakah itu khurafat? Khurafat adalah seorang lelaki yang berasal dari Bani ‘Uzrah yang pernah ditawan oleh segolongan jin pada zaman jahiliah. Setelah sekian lama menjadi tawanan, dia akhirnya dibebaskan. Lelaki yang bernama Khurafat ini telah menceritakan pengalaman anehnya sepanjang kehidupannya di alam jin. Walhasil, orang yang sukar mempercayai ceritanya itu menggelar sebarang maklumat yang pelik dengan nama cerita atau khabar yang khurafat.”

Ðemikianlah seperti yang dijelaskan oleh Imam at-Tirmidzi dalam kitabnya al-Syamail al-Muhammadiyyah.

❀ Ði matanya terdapat warna putih...?

Ðalam sebuah hadis yang dikemukakan oleh al-Nawawi dalam al-Azkar, seorang wanita sedang mencari suaminya. Nabi yang melihatnya lantas bertanya, “Apakah kamu sedang mencari lelaki yang di matanya terdapat warna putih?”

Wanita itu terkejut lantas menangis dengan sangkaan suaminya sudah menjadi buta.

Rasulullah SAW akhirnya menjelaskan bahawa setiap mata pasti mempunyai bahagian yang berwarna putih. Gurauan Baginda itu adalah menunjukkan suaminya itu masih hidup.

❀ Orang tua tidak masuk syurga

Turut tersenarai dalam anekdot gurau tawa Nabi SAW dengan para sahabat adalah kisah wanita tua yang datang menemui Nabi SAW untuk memohon doa Baginda supaya boleh memasuki syurga. Jawapan Baginda SAW, “Wahai nenek! Syurga tidak akan dimasuki wanita sepertimu!”

Jawapan Nabi itu telah mengakibatkan wanita lanjut usia menangis tersedu-sedu. Setelah itu barulah Nabi SAW menjelaskan kepada para sahabatnya, bahawa dia tidak akan memasuki syurga dalam keadaan tua seperti itu. Kemudian Nabi SAW bersabda, "Khabarkan kepadanya bahwasanya dia takkan masuk surga, dalam keadaan lanjut usia. Sesungguhnya Allah SWT berfirman, “Sesungguhnya Kami menciptakan mereka (bidadari-bidadari) dengan langsung, dan Kami jadikan mereka gadis-gadis perawan, penuh cinta lagi sebaya umurnya.” (Al-Waqi'ah: 35-37).

Ucapan Nabi SAW itu memberi maksud bahawa setiap manusia yang memasuki syurga berada pada peringkat usia mudanya sebaya, dalam keadaan kemuncak kesihatan dan keupayaan diri.

❀ Ðilarang gurauan yang menzalimi

Berlainan daripada teladan gurau senda Nabi SAW, seperti yang diriwayatkan dalam kitab Majma’ al-Zawa’id daripada ‘Amir bin Rabi’ah bahawa pernah terjadi seorang sahabat mengambil kasut milik seseorang lalu menyembunyikannya. Apabila perkara itu dikhabarkan kepada Nabi SAW, Baginda telah bersabda yang bermaksud, “Janganlah menakut-nakutkan seseorang Muslim, kerana perbuatan itu adalah satu kezaliman.”

Apabila dibandingkan antara teknik gurauan Nabi dengan kisah yang terakhir ini, jelaslah pendekatan baginda dalam senda gurau sentiasa berpaksikan kepada kebenaran serta jauh daripada pembohongan. Tindakan sahabat yang menyembunyikan kasut temannya dengan niat untuk bergurau itu boleh mengkibatkan rasa panik dan cemas dalam diri ‘si mangsa’. Inilah yang dilarang.

Yang lebih mengaibkan, sebahagian daripada kita suka membawa cerita lucah atau separuh lucah dalam perkataan semata-mata untuk menimbulkan gelak ketawa orang lain. Rasulullah SAW bersabda bermaksud; “Malu adalah cabang daripada iman.”

Ðalam sabda lain, Rasulullah SAW menyatakan; “Malu dan iman seganding. Apabila terangkat salah satu daripadanya maka terangkatlah kedua-duanya.” Ðapat difahami daripada hadis ini, jika seseorang itu hilang perasaan malu daripada dirinya maka hilang jugalah imannya.

Memperbanyak dan menyibukkan diri dengan gurauan boleh membuatkan diri menjadi lalai dari ketaatan dan memikirkan keadaan umat serta kesusahan-kesusahan yang menimpanya. Ketahuilah, bahwasanya Rasulullah sebagaimana disebutkan Jabir r.a., adalah “figura yang banyak diam dan sedikit tertawa.”

Renung-renungkanlah....

Sumber : Ustaz Zahazan Mohamed di Solusi Isu # 19 dengan sedikit tambahan.


Credit to: SIM (Sahabat Interaktif Malaysia)

Thursday, December 15, 2011

KENALI MEREKA: USTAZ DON


BUAT mereka yang pernah menonton rancangan 30 MINIT BERSAMA USTAZ DON di SIARAN TV AL-HIJRAH terutama mereka yang berasal dari utara pasti akan menyukai penyampaian jejaka ini. Loghat utaranya kekadang menimbulkan kelucuan. Tapi mungkin beliau masih agak asing jika ingin dibandingkan dengan Ustaz Kazim atau Akhil Hayy.Namun usianya yang masih muda, pasti ia akan menjadi penceramah tersohor sebaris dengan penceramah lain.

Kita usha sikit latar belakang beliau....Jommm!!!

Biodata Ustaz Don

Nama: Don Daniyal Don Biyajid
Umur: 27 tahun
Tarikh lahir: 14 November 1984
Tempat lahir: Bukit Mertajam, Pulau Pinang
Tinggi: 171 sentimeter
Berat: 56 kilogram
Pekerjaan: Pensyarah muda & pendakwah bebas bertauliah Pulau Pinang & Selangor)
Status: Bujang

Wednesday, November 16, 2011

KEM REMAJA GEMILANG

OBJEKTIF
Apakah yang akan diperolehi oleh anak-anak yang menyertai program ini?
- Peserta akan memahami tentang asas akidah Islam serta hal-hal yang merosakkan akidah
- Peserta akan memahami tatacara solat dengan dalil-dalil dari hadis yang soheh, bahaya meninggalkan solat, serta tatacara solat ketika sakit, musafir dan sebagainya.
- Peserta akan memahami zikir dan doa harian yang diamalkan Rasulullah SAW, adab-adab sehariannya.
- Memahami akhlak Islamiah khususnya akhlak dengan ibu bapa
- Peserta mampu mensolatkan jenazah, mengkafaninya, serta memandikan jenazah
Apa kelebihan program ini?
- Lebih 80% aktiviti di dalam kumpulan, dan hanya sekitar 15-20% sahaja kuliah
- Nota-nota disokong dengan hadis-hadis yang sahih dengan rujukan kitab-kitab yang muktabar
- Peserta turut akan dilatih bergerak secara berkumpulan, melakukan `presentation' sekaligus melatih teknik komunikasi mereka.
- Rekod kemajuan peserta akan diberikan pada majlis penutup. Sesi perjumpaan ibu bapa dan fasilitator yang jarang-jarang ditemui di dalam program-program motivasi yang lain
TEMA
"AKHLAQ DISEMAI PERIBADI TERPUJI"
TARIKH
26-28 November 2011
TEMPAT
Masjid al-Hasanah, Bandar Baru Bangi.
Yuran RM 110
Peserta: Remaja berumur 13-18 tahun.
Tarikh tutup penyertaan/pembayaran yuran: 21 November 2011
Pembayaran.
Bank Islam-Yusuf Yahya
12029020237716
atau
Nurul `Izzah Zaidi-Maybank
162740097450
Tentatif Program:
KEM REMAJA GEMILANG 2011
"AGAMA TERBILANG, AKADEMIK GEMILANG"
TARIKH
26/11/2011-28/11/2011
(Sabtu-Isnin)
TEMPAT
Masjid Al Hasanah, Bandar Baru Bangi
ANJURAN
INTIS Consultant and Training
Penyertaan:
Remaja Lelaki dan Perempuan: 13-18 tahun
Yuran: RM 110
Pendaftaran hubungi:
Mohd Masri- 013-2506391
Mohd Hariz 012-3412517
Pembayaran. Bank Islam
Yusuf Yahya
12029020237716
Tarikh Tutup Pendaftaran:
Isnin 21 November 2011
Tentatif Program:
26 November 2011 Sabtu
08.30 am : Pendaftaran Peserta
09.30 am : Taklimat program kepada peserta
10.00 am : Ice breaking- sesi perkenalan dengan ahli kumpulan
10.45 am : LDK 1- Asas Akidah Islam
12.00 pm : Rehat/Makan tengahari/Persiapan diri
01.00 pm : Solat Zuhur Berjemaah
02.00 pm : LDK 2- Sunnah-Sunnah Harian
03.00 pm : Rehat
03.15 pm : LDK 3- Persediaan `Presentation' Sunnah-Sunnah Harian
04.15 pm : Rehat/Solat Asar/Minum Petang
05.00 pm : Riadah
06.00 pm : Persiapan diri
06.40 pm : Makan Malam
07.15 pm : Solat Maghrib
07.45 pm : Kuliah Maghrib- Anak Soleh?
08.45 pm : Solat Isya
09.00 pm : LDK 4- Kesempurnaan bersuci
10.30 pm : Minum malam
11.00 pm : Zikir sebelum tidur dan tidur
27 November 2011 Ahad
04.45 am : Bangun dan persiap diri
05.00 am : Qiamullail
06.00 am : Solat Subuh
06.40 am : Halaqah al-Quran
07.30 am : Riadah
08.00 am : Hemat diri
08.30 am : Sarapan pagi
09.00 am : LDK 5- Kesempurnaan solat
10.00 am : Rehat
10.15 am : Sambungan LDK 5
12.30 am : Rehat dan Makan tengahari
01.00 pm : Solat Zohor
02.00 pm : LDK 6- Pengurusan Jenazah
03.00 pm : Rehat
03.15 pm : Sambungan LDK 6- Pengurusan Jenazah
04.30pm : Minum petang dan solat Asar
05.00 pm : Riadah
06.30 pm : Persiap diri dan makan malam
07.15 pm : Solat Maghrib
07. 30 pm : Halaqah al-Quran
08.30 pm : Solat Isya'
09.00 pm : `Presentation' Sunnah-Sunnah Harian
11.00 pm : Minum malam
11.30 pm : Tidur
28 November 2011 Isnin
04. 45 am : Bangun tidur dan persiapan diri
05.00 am : Qiamullail
06.00 am : Solat Subuh
06.30 am : Halaqah al-Quran
07.30am : Riadah
08.00 am : Khidmat diri dan Sarapan pagi
08.30 am : Motivasi Cemerlang Akademik
09.45 am : Rehat dan `Revision'
10.15 am : Ujian Penilaian
11.30 am : Rehat
12.15 pm : Majlis Penutup
01.00 pm : Solat Zohor
01.30 pm : Bersurai

SEMINAR `The Making Of Future Solehah Spouse II'

SEMINAR `The Making Of Future Solehah Spouse II'

DEWAN KOLEJ ISLAM ANTARABANGSA (IIC)
20 NOVEMBER 2011 / AHAD
 
PANELIS :
Slot 1 : Cinta berbisik, hati terusik
Pn. Rosmawati Zainal (Ummi Ros)
Pengarah Urusan Raudhatus Sakinah

Slot 2 : Menggapai Sakinah Dalam Perkahwinan
Fatimah Syarha Bt. Hj. Mohd Noordin
(BA (hons) UIA, MA. UIA)
* Novelis Tautan Hati, Seindah Mawar Berduri,
Pemilik Cintaku dan Syabab Musafir Kasih

Slot 3 : Nurturing the Best Caliphs
Mustafa Omar Mohammed
Assistant Professor, Department of Economics
Kuliyyah of Economics and Management Sciences
International Islamic University Malaysia

Sasaran : MUSLIMAH SAHAJA.
Yuran : Pelajar IPT: Rm15 / Orang Luar: RM30
Hubungi : Nur Hafizah – 013-222 9586 / Nik Nurul Akmal – 013-321 8109
Tarikh tutup penyertaan: 17 November 2011

Wednesday, November 2, 2011

10 Laluan Yg bakal dilalui oleh Manusia Dari Dunia sampai Akhirat

LALUAN MENUJU KE KUBUR
Jauhkan dari perbuatan mengumpat & mengeji
*Hindarkan perasaan irihati ( benci )
*Jangan terpengaruh dengan harta dunia
*Sucikan qadha' hajat dgn istibra ( berdehem selepas buang air kecil )

LALUAN UTK BERJUMPA IZRAIL
*Bersihkan diri dgn bertaubat
*gembirakan hati orang mukmin
*Bayar semula kadha ( Solat & puasa ) yang tertinggal.
*Kasih sepenuh hati pada Allah Ta'ala

LALUAN UTK BERJUMPA MUNGKAR NANGKIR
* Mengucap dua kalimah syahadah
* suka memberi Sedekah
* Berkata Benar
* Bersihkan dan perbaiki diri

LALUAN UTK MEMBERATKAN PERTIMBANGAN
* Belajar atau mengajar ilmu yang bermanfaat
* Sucikan perkataan dan pakaian
* Bersyukur dgn yang sedikit
* Suka dan redha dgn yang didatangkan oleh Allah

LALUAN MEMANTAPKAN AMALAN
* Jauhkan perkataan sia-sia
*Pendekkan cita-cita dunia
* Banyakkan puji pujian kepada Allah
* Banyakkan sedekah dan khairat

LALUAN MELALUI TITIAN SIRAT AL MUSTAKIM
* Kasihanilah aulia Allah Ta'ala
* Berbaktilah pada ibu bapa
* Berpegang teguh pada hukum syarak
* Bercakap perkataan yang baik sesama manusia

LALUAN MENJAUHKAN DIRI DARI NERAKA
* Banyakkan membaca al-quran
* Banyakkan menangis kerana dosa dosa lalu
* tinggalkan perkara yang maksiat
* Jauhkan segala yang haram

LALUAN UTK MEMASUKI SYURGA
* membuat kebajikan seberapa yang boleh
* Kasihi orang yang soleh
* kerjakan segala suruhan allah
* Merendahkan diri di antara sesama makhluk

LALUAN BERJUMPA DENGAN NABI MUHAMMAD
* kasihilah nabi Allah Taala

* kasihilah Rasullullah
* tuntutilah yang difardukan oleh Allah Taala
* banyak selawat Nabi SAW

LALUAN UTK BERTEMU ALLAH
*Serahkan seluruh jiwa raga kepada Allah Taala
* Hindarkan diri dari menderhaka kepada Allah Taala
* betulkan dan baikkan i'tikad kepada Allah Taala

* Bencikan segala yang diharamkan Nya."