CLICK HERE FOR BLOGGER TEMPLATES AND MYSPACE LAYOUTS »

Monday, March 28, 2011

JEMPUTAN : Program Latihan Dakwah Interaktif

Asslamualaikum...... ikhwah & akhawat.



Berikutan dengan sambutan dari program yang lalu dan juga permintaan dari peserta yang tidak berkesempatan hadir pada program pertama. Biro Dakwah akan mengadakan Program Latihan Dakwah Interaktif siri 1 untuk kali yang kedua dalam dua Sesi pada hari yang berlainan, dengan bertujuan untuk mengukuhkan kemahiran berdakwah dengan mempelajari agama-agama lain yang ada di Malaysia dengan lebih mendalam
Butir-butir Program adalah seperti berikut :-
IKRAM Daerah SHAH ALAM

Menganjurkan

LATIHAN DAKWAH INTERAKTIF

INGIN TAHU BAGAIMANA MANISNYA BERDAKWAH KEPADA NON MUSLIM?


Mari bersama Bro. Lim Jooi Soon (mantan Evangelist Kristian) untuk mengupas Penyelewengan Aqidah Kaum Nasrani, buat bekal bagi para Daie' dijalan Dakwah yang menyeru dan menSyariatkan Agama Allah



TUJUAN LATIHAN :

· MEMAHAMI KAEDAH TERBAIK DAN BERKESAN UNTUK BERDAKWAH KEPADA NON MUSLIM
· MEMBERI PENDEDAHAN PENGALAMAN MEREKA YANG BERJAYA BERDAKWAH KEPADA NON MUSLIM
· MEMAHAMI KESULITAN DAN BERKONGSI PENGALAMAN BERSAMA SAUDARA BARU


SIAPA YANG PERLU HADIR :
· PARA DAIE' YANG SENTIASA INGIN BERDAKWAH

· YANG RINDUKAN GANJARAN ALLAH
· YANG INGIN MENYAMBUNG SUNNAH PERJUANGAN PARA ANBIA' DALAM MENEGAKKAN KALIMAH TAUHId

· YANG SENTIASA DAHAGAKAN ILMU



TARIKH/HARI : SESI 1 : 26 MARCH 2011 ( SABTU )
SESI 2 : 17 APRIL 2011 ( AHAD )
MASA : 8.30 PAGI – 5.00 PETANG
TEMPAT : PEJABAT IKRAM SHAH ALAM
NO 39-1, JALAN TUKUL N 15/N,
SEKSYEN 15, SHAH ALAM.


JURULATIH : 1. SDRA LIM JOOI SOO,
Penasihat PERKIM Ampang

Pengerusi PERKIM Melaka


2. Bro Mohammad Amin Yaacob

Penulis buku:

1. Isa Al-Masih: Jawapan Terhadap Risalah Kristian

2. 7 Persoalan Berkenaan Asas-Asas Agama Kristian

3. Keaslian Al-Quran
YURAN : RM80 ( BUKU2 DAN MAKAN & MINUM UNTUK 2 HARI)
Note :- Yuran adalah untuk 2 Sesi ( Sesi 1 dan sesi 2 )


KANDUNGAN LATIHAN : SESI PERTAMA

1. Kewajipan Berdakwah

2. Sejarah Perkembangan Agama Kristian

3. Katolik dan Protestant

4. Kepercayaan dan perayaan Cina

5. Kepercayaan dan perayaan agama Hindu

6. Bible Study

SESI KEDUA

1. Salah Tanggapan terhadap agama Islam

2. Asas kepercayaan Agama Kristian

3. Keaslian Quran ( Quran, Bible dan Sains )

4. Memahami Cabaran Muallaf

5. Pengalaman bersama Paderi dan Mubaliqh Kristian

6. Sesi soal jawab



MAKLUMAT LANJUT SILA HUBUNGI :
EN MORHALIM OSMAN – 013 3561278
PN JAMAATUN BT ABU NAIM - 012 6222256



PENDAFTARAN MELALUI INTERNET :


MOHD RAIS MOHD RAMLI – m.raisramli@gmail.com
PUZIAH AHMAD – sulaim1@yahoo.com
NORMAH YATIMAN – ny3527enms@yahoo.com


PEMBAYARAN YURAN : BIMB - 1203 8010 1039 45
TARIKH TUTUP PENYERTAAN : 22 MARCH 2011
TEMPAT SEMAKIN TERHAD, DAFTAR SEGERA


Kami amat mengalu-alukan penyertaan ikhwah & akhwat dalam program tersebut. Program kali ini kami menghadkan peserta kepada 50 orang sahaja bagi mengelakkan kesesakan dan tidak keselesaan ditempat latihan.
Jika Ikwah semua ingin menyertai Program ini Hubungi kami segera....... " First come First Serve "


Firman Allah Taala, ertinya:

"Demi sesungguhnya Tuhan kamu hanya satu!" (65, Surah al-Saaffaat)
".... dan tidak ada yang bersifat ketuhanan melainkan Allah, Yang Maha Esa, lagi Yang mengatasi kekuasaanNya segala-galanya." (65, Surah Sad).
"Maka hendaklah engkau berusaha mendapat ilmu yang meyakinkanmu: 'Bahawa tidak ada yang bersifat ketuhanan melainkan Allah..." (19, Surah Muhammad).
"... (kerana) sesungguhnya sangkaan (zan) tak dapat memenuhi kehendak menentukan sesuatu dari kebenaran (i'tiqad) ..." (36, Surah Yunus).

Jzkk

ARTIKEL : Syiah adalah satu mazhab yang hidup atas nostalgia lampau




SYIAH: MAZHAB ATAS NOSTALGIA SEJARAH


Prof Madya Dr Mohd Asri bin Zainul Abidin







Syiah adalah satu mazhab yang hidup atas ‘nostalgia’ lampau. Muharram adalah salah satu musim golongan Syiah menzahirkan tangisan mereka terhadap sejarah. Isu pembunuhan Saidina Hussain yang sudah berlalu empat belas kurun yang lepas diwarisi secara dendam yang tidak berkesudahan. Ramai yang menjadi mangsa kemarahan itu. Dendam itu bukan sahaja terhadap mereka yang terlibat dalam krisis lampau tersebut, tetapi turut dibabitkan mereka yang selepas itu yang enggan berkongsi tafsiran politik yang sama. Maka, Ahlus Sunnah menjadi sasaran ‘kemarahan warisan’.







Syiah sebenarnya bukan bermula dengan isu pokok dalam Islam. Ia hanya bermula dari sebuah aliran politik atau dalam istilah ‘politik kepartian’ lalu dibina dan dibajai sehingga menjadi dogma agama yang tidak dapat dibuang lagi. Isu-isu yang berkaitan dengan polisi pentadbiran pada zaman Saidina Uthman, diambil kesempatan oleh pihak tertentu untuk membina aliran politik pada zaman tersebut. Hari demi hari, dalam usaha mengukuhkan ‘parti’ dan menambah pengikut maka pelbagai nas-nas mula diberikan tafsiran yang mempunyai kepentingan politik, bahkan diwujudkan nas-nas baru bersifat politik yang sengaja diada-adakan.



Emosi



Ertinya, krisis politik dalam kalangan umat Islam selepas kewafatan Nabi s.a.w telah diwarisi secara emosi dan kekeliruan. Emosi di sini bermaksud isu-isu itu dilihat hanya pada sudut kehendak aliran politik tertentu, atau sentimen tertentu tanpa cuba merongkaikannya atau memahaminya secara holistik. Isu khalifah atau kepimpinan yang cuba dijadikan warisan keluarga Nabi s.a.w (Ahlul Bait) jika diterima akan menafikan sifat Islam sebagai agama yang tidak berteraskan nepotism atau kepentingan keluarga.



Kelayakan manusia dalam kepimpinan menurut nas-nas Islam yang dipegang dalam aliran Ahlus Sunnah wal Jama’ah adalah berasaskan kemampuan (al-quwwah) dan amanah (al-amanah). Sistem warisan dalam kepimpinan seperti yang dipegang oleh Syiah akan mengujudkan kasta aristocrat atau bangsawan yang akhirnya mereka dianggap infallible (maksum) yang tidak boleh dipertikaikan. Ini kerana kelayakan kepimpinan itu bukan kerana penguasaan mereka terhadap konsep kepimpinan sebaliknya secara warisan yang akhirnya mereka bagaikan wakil Tuhan yang menerima wahyu. Lalu mereka sentiasa dianggap benar dapat segala tindakan. Maka dengan itu akan terbengkalailah ruh syura dalam pemilihan kepimpinan.



Kekeliruan



Adapun, di sudut kekeliruan warisan ia membabitkan kepercayaan pengikut Syiah terhadap apa yang diwarisi dari fakta-fakta sejarah. Peristiwa-peristiwa sejarah lampau telah diwarisi turun temurun secara yakin tanpa mereka menyemak ketepatan fakta-fakta tersebut, atau ia sebenarnya hanya desus-desas politik atau tokok-tambah riwayat atas kepentingan politik.



Berasaskan apa yang mereka baca atau warisi mengenai cerita-cerita buruk para sahabat Nabi s.a.w khususnya Abu Bakar, ‘Umar, Uthman, Muawiyah, ‘Amr bin al-‘As atau selain itu, mereka telan bulat-bulat bersama dengan kebencian dan kemarahan ‘politik warisan’. Mereka tidak sempat lagi bertanya sejauh manakah kebenaran fakta tersebut, kerana berita buruk itu adalah berita ‘musuh politik’ mereka. Demikian itu seperti yang kita lihat musuh-musuh politik apabila bertarung antara satu sama lain. Kisah buruk musuh semua ditelan bulat-bulat dan disebarkan seluas-luasnya.



Hal ini bermula sejak penghujung pemerintahan ‘Uthman bin ‘Affan. Fitnah bermula. Dia dituduh menyalahgunakan kuasa, menjaga kepentingan keluarga dan pelbagai lagi. Walaupun sejarah mencatatkan Saidina ‘Uthman telah menjawab semua isu tersebut dengan hebat dan mantap, tetapi jawapan-jawapan itu tidak pernah sampai kepada mereka, kerana mereka enggan membaca atau mengetahui kebenaran musuh politik mereka.



Sebenarnya, Saidina Uthman telah cuba membendung gerakan fitnah yang dilancarkan oleh seorang yahudi bernama Abdullah bin Saba –suatu watak yang diakui kewujudannya oleh sumber Syiah dan Sunni-. Dialah yang mencanangkan kempen menjatuhkan ‘Uthman. Dia campuri isu-isu politiknya dengan pelbagai tafsiran agama, termasuklah kononnya ‘Ali bin Abi Talib ialah warisan Nabi s.a.w dalam kepimpinan politik. Rakyat terpinga-pinga. Mereka tiada pengalaman politik seperti itu.



Khalifah Uthman yang warak itu menulis surat rakyat:



“Aku mengambil pegawai-pegawaiku dengan persetujuanku pada setiap musim. Sejak aku memerintah, aku telah jadikan umat ini dikuasai oleh al-Amr bi al-Ma’ruf dan al-Nahy ‘an al-Munkar. Tidak dikemukakan suatu kes kepadaku atau kepada para pegawaiku melainkan aku berikan kepada mereka hak mereka. Tiada bagiku atau keluargaku hak yang menyentuh rakyat jelata melainkan diberikan kepada rakyat. Penduduk Madinah telah memaklumkan kepadaku bahawa ada golongan yang dicerca secara sembunyi, atau sesiapa sahaja yang mendakwa sesuatu, apabila cukup tempohnya maka ambillah kembali haknya di mana sahaja dia berada, daripadaku atau pegawaiku ataupun dia bersedekahlah (maafkanlah). Sesungguhnya Allah memberi ganjaran kepada orang-orang yang bersedekah (memaafkan)”. Apabila surat ini dibaca di setiap negeri maka rakyat jelata pun menangis dan mereka berkata: “Sesungguhnya telah bergerak di kalangan umat ini kejahatan” (Al-Tabari, Tarikh al-Tabari, 4/342. Beirut: Rawai’ al-Turath al-‘Arabi).



Namun oleh kerana reka cerita itu atas kepentingan politik, maka fitnah terus disebarkan. Para sahabat Nabi s.a.w tidak terpengaruh dengan fitnah itu, tetapi ia mempengaruhi mereka yang bukan sahabat yang hidup di zaman tersebut. Sehingga para pemberontak datang ke Madinah, berdialog dengan ‘Uthman sendiri. Segala fitnah telah ‘Uthman jawab dengan kemas. Mereka terbungkam. Para sahabat yang menyaksikan mengakui hujah-hujah ‘Uthman.



Antaranya Uthman berkata:



“Ketahuilah ketika aku dilantik menjadi khalifah, aku adalah orang ‘Arab yang paling banyak mempunyai unta dan kambing. Namun sekarang tidak ada bagiku melainkan dua ekor unta yang aku gunakan untuk menunaikan haji… mereka mengatakan bahawa aku sayangkan kaum keluargaku dan memberikan mereka harta. Sebenarnya, perasaan sayangku kepada kaum keluargaku tidak menyebabkan aku bertindak kepada mereka adalah daripada hartaku sendiri. Aku tidak pernah menghalalkan harta benda orang Islam untuk diriku, tidak juga untuk sesiapa. Demi Allah! Aku tidak pernah mengambil sedikit pun harta atau cukai dari mana-mana wilayah..” (Al-Tabari, Tarikh al-Tabari, 4/348).



Apa yang pasti tulisan Syiah tidak akan memetik hal ini. Kerana, ini bukan apa yang mereka mahu.



Riwayat Sejarah



Namun, disebabkan fitnah berterusan, khalifah Uthman dibunuh. Selepas pembunuhan ‘Uthman, dunia Islam terus tidak tenteram. Fitnah makin banyak. Berbagai cerita ditokok tambah. Dari cerita politik Saidina ‘Uthman sehingga berlarutan isu Perang Jamal, Siffin, pembunuhan Saidina Hussain dan pelbagai lagi. Buku-buku sejarah mencatatkan pelbagai perkara yang bercampur aduk antara satu sama lain. Cerita-cerita bercanggahan antara satu sama lain. Ada riwayat pro-syiah dan ada yang pro-sunni. Kesemuanya bergantung kepada perawi (narrator).



Jika dia fanatik syiah seperti Abu Mikhnaf dan Hisyam bin Saib al-Kalbi maka buruk ‘Uthman, Mu’awiyah dan lain-lain. Kitab al-Umam wa al-Muluk atau dikenali dengan Tarikh al-Tabari yang menjadi pegangan sejarah Sunnah dan Syiah itu meriwayat pelbagai riwayat yang bercanggahan antara satu sama lain. Ini kerana, al-Imam al-Tabari (w. 310) mencatatkan apa sahaja yang sampai kepadanya; tanpa mengambil kira samada sahih ataupun palsu. Ini kerana beliau membiarkan agar para pembacanya menilai berdasarkan sanad-sanad yang dikemukakan dan membuat pembandingan sendiri. Ini disebut sendiri oleh al-Tabari dalam mukadimahnya:



“Apa yang terkandung di dalam kitabku ini tentang sebahagian kisah orang yang terdahulu; antara berita tersebut ada yang menyebabkan pembacanya merasa pelik atau pendengarnya merasa jelik. Ini kerana dia tidak dapat menerimanya sebagai sesuatu yang benar atau sesuatu yang hakikat. Maka hendaklah dia mengetahui bahawa berita-berita tersebut bukan datang daripadaku, tetapi ia datang daripada orang yang menyampaikannya kepadaku. Aku telah meriwayatkannya seperti yang disampaikan kepadaku”.(Al-Tabari, Tarikh al-Tabari, 1/8).



Kita semua tidak menyaksikan apa yang sebenarnya berlaku. Demikian juga al-Tabari. Hanya catatan dalam pelbagai rupa yang ada. Membaca sejarah Islam memerlukan pengetahuan tentang disiplinnya. Maka kita hendaklah mematuhi arahan al-Quran: (maksudnya)



“Wahai orang-orang yang beriman! Sekiranya datang kepada kamu orang yang fasik membawa sesuatu berita maka periksalah dengan teliti, agar kamu tidak menimpakan musibah kepada suatu kaum tanpa mengetahui keadaannya menyebabkan kamu menyesal atas perbuatan kamu itu“.(Surah al-Hujarat: 6).



Justeru Ahlus Sunnah mengambil pendirian yang berbeza dalam isu sejarah ini dengan Syiah. Kata al-Imam Ibn Taimiyyah (w. 728):



“Ahlus Sunnah wal Jama’ah wa al-Jama’ah berlepas diri daripada sikap golongan al-Rafidah (syiah) yang membenci dan mencerca para sahabat. Mereka juga berlepas diri daripada sikap golongan al-Nasibah yang menyakiti Ahl al-Bayt dengan perkataan dan perbuatan mereka. Ahlus Sunnah wal Jama’ah mengambil sikap mendiamkan diri tentang pertelingkahan yang berlaku antara para sahabat. Mereka mengatakan bahawa kisah-kisah yang diriwayatkan tentang keburukan para sahabat, antaranya adalah dusta atau ia sengaja ditokok tambah atau dikurangkan atau diubah daripada ceritanya yang asal“ (Ibn Taymiyyah, Al-’Aqidah al-Wasattiyyah, hlm. 201).



Atas kedukaan sejarah yang ditokok-tambah itu, atau direka berdasarkan keperluan politik itu, dibina pula berbagai doktrin dan dogma agama yang lain sehingga Syiah akhirnya lahir menjadi satu mazhab yang besar yang akan mewarisi dendam sejarah dari zaman ke zaman. Saya pernah menulis sebuah buku berjudul Pertelingkahan Para Sahabat: Antara Ketulenen Fakta dan Pembohongan Sejarah. Persoalan ini telah saya jelaskan dengan lebih terperinci.







Apapun, hari ini Syiah telah wujud. Mereka adalah warisan sejarah silam. Tangisan dan amarah yang tidak bersudahan. Hanya atas cerita lama, mereka meriwayatkan sengsara. Soal sejauh manakah ketulenan cerita bukan lagi persoalan. Namun bagi kita, sikap yang adil adalah berdialog dengan mereka. Mereka umat Islam dan ada kelebihan tersendiri. Mereka mazhab yang lahir dari isu politik, maka mereka sangat mahir berpolitik. Bagi kita, menghukum tanpa berhujah adalah sikap yang tidak adil. Berhujah tanpa sudi mendengar hujah orang lain, adalah keras kepala. Ahlus Sunnah sederhana dalam segala hal.

Sunday, March 20, 2011

JEMPUTAN : Muslim Unity Dialogue Series "The State of Islamic World"

Muslim Unity Dialogue Series
"The State of Islamic World
"

Pada : 23 March, 2011
Tempat: Banquet 1 & 3, Lanson Place, Jalan Ampang Hilir, Kuala Lumpur.
Yuran : Percuma
Masa: 9.00 - 11.30 pagi

Panelist
Assoc Prof Dr Tunku Mohar Tunku Mohd Mokhtar (UIA)
Assoc Prof Dr Said Bouheraoua (International Shariah Research Academy for Islamic Finance)
Assoc. Prof. Dr Mohamed Azam Mohamed Adil (UITM)

Pendaftaran melalui email ke info@islamicpeace.org.uk.

Friday, March 11, 2011

JEMPUTAN : Program Gerakan Subuh - 20 Mac 2011

gerakan


Program Gerakan Subuh

(Solat Solat Subuh Berjemaah di Masjid)
Mari Kita Bina Ummah Melalui Solat Subuh Berjemaah
20 Mac 2011 (Ahad)
4.00-7.30 pagi
Masjid Salahuddin Al-Ayubbi, Taman Melati, Setapak KL

Pengisian:
- Qiyamullaill Perdana
- Zikir Munajat
- Solat Subuh Berjemaah
- Kuliah Subuh Khas Oleh Tn Hj Mohd Azmi Abd Hamid (Presiden TERAS)

SEMUA DIJEMPUT HADIR

Maklumat Lanjut : 013-671 4932

SILA HEBAHKAN