CLICK HERE FOR BLOGGER TEMPLATES AND MYSPACE LAYOUTS »

Thursday, November 19, 2009

PESTA BULAN ZULHIJAH


Keutamaan Bulan Zulhijjah

1) Bulan Yang Tidak Memilik Kekurangan
Dari Abî Bakrah radhiyallâhu `anhu, dari Nabî Shallâllâhu `alaihi wa Sallam baginda saw bersabda : "Dua bulan yang tidak memiliki kekurangan, adalah bulan `îd :Ramadhân dan Dzul Hijjah." (Muttafaq `alaihi).

2) 10 Hari Di Mana Amalan Lebih Mulia Daripada Jihad
Dari Ibnu `Abbâs radhiyallâhu `anhuma beliau berkata, RasÅ«lullâh Shallâllâhu `alaihi wa Sallam bersabda : "Tidak ada hari-hari untuk beramal shâlih di dalamnya yang lebih dicintai oleh Allah melebihi daripada hari-hari ini." (iaitu sepuluh hari) Para sahabat bertanya, "Wahai RasÅ«lullâh, tidak pula jihâd fî sabîlillâh?". RasÅ«lullâh Shallâllâhu `alaihi wa Sallam menjawab, "Tidak pula jihâd fî sabîlillâh melainkan seorang lelaki yang keluar jiwa dan hartanya (untuk berperang), dan dia tidak kembali membawa sesuatu apapun." (HR al-Bukhârî). Penerangan: Maksudnya sepuluh hari pada awal bulan Dzul Hijjah.
3) Bulan yang di dalamnya terdapat hari Arafah (9 Zulhijjah) yang apabila berpuasa pada hari tersebut, nescaya dosanya sebelumnya dan sesudahnya diampuni oleh Allah:
Dari Abî Qatâdah radhiyallâhu `anhu, RasÅ«lullâh Shallâllâhu `alaihi wa Sallam bersabda : "Puasa Arafah, saya mengharapkan kepada Allah agar mengampuni dosa setahun sebelumnya dan setahun setelahnya…" (HR Muslim)
4) Mempunyai hari paling ramai hamba dibebaskan daripada api neraka.
Dari `A`isyah radhiyallâhu `anhâ beliau berkata : Sesungguhnya RasÅ«lullâh Shallâllâhu `alaihi wa Sallam bersabda : "Tidak ada hari yang lebih ramai Allah membebaskan hamba dari neraka selain pada hari `Arafah." (HR Muslim).
5) Hari Haji Yang Besar [Haji Akbar]
Dari `Abdullâh bin `Umar radhiyallâhu `anhumâ, bahawa RasÅ«lullâh Shallâllâhu `alaihi wa Sallam berwukuf pada hari an-Nahar (hari penyembelihan/ 'îdul adhhâ) di antara tempat melempar jumrah (batu kerikil) pada saat baginda saw sedang berhaji, kemudian baginda saw berkata : "Hari apa sekarang?" Para sahabat menjawab, "hari an-Nahar". Lantas Nabî bersabda : "Hari ini adalah hari haji besar." (HR al-Bukhârî).
Sunnah-sunnah di bulan Zulhijjah
1) Berpuasa sunnah pada 9 Dzul Hijjah
"Adalah RasÅ«lullâh Shallâllâhu `alaihi wa Sallam berpuasa pada 9 Dzulhijjah, hari `Asyurâ`, tiga hari pada setiap bulan, Isnin pertama setiap bulan dan Khamis." (HR AbÅ« Dâwud dan an-Nasâ`î, di nilai Sahih oleh Shaikh al-Albani).
3) Menyembelih Korban
"Maka sholâtlah untuk Rabb-mu dan berkorbanlah. " (QS al- Kautsar : 2)
"Barangsiapa yang memiliki kelapangan (harta) namun tidak mahu berkorban, maka janganlah dia sekali-kali mendekati tempat sholât kami." (Shahîh Ibnu Mâjah (no. 2532).
4) Solat Eid di pagi 10 Zulhijjah
Dari Abî Sa'îd al-Khudrî radhiyallâhu `anhu beliau berkata :RasÅ«lullâh Shallâllâhu `alaihi wa Sallam keluar pada hari Adhhâ atau Fithri ke mushollâ (tanah lapang)…" (HR al-Bukhârî).
6) Bertakbir pada hari Tasyri' (10, 11, 12, 13 Zulhijjah)
Di dalam Musannaf Ibn Abi Syaibah dengan sanad yang sahih daripada Ibn Mas'ud r.a. yang bertakbir pada hari Tasyrik dengan lafaz :
Maksudnya : Allah maha besar, Allah maha besar, tidak ada ilah melainkan Allah dan Allah yang maha besar, Allah yang masa besar dan bagi Allah segala puji-pujian. "
Ibn Abi Syaibah juga meriwayatkan di kesempatan yang lain dengan sanadnya sendiri, dimana takbir itu diucapkan sebanyak 3 kali.
7) Mereka yang mahu melakukan korban, sunnah tidak memotong kuku dan bulu di tubuh sendiri dari awal bulan Zulhijjah hingga 10 Zulhijjah.
Diriwayatkan dari Ummu Salamah Radhiyallahu `anha dari Nabi Shallallahu `alaihi wa sallam baginda bersabda.
"Ertinya : Apabila sepuluh hari pertama (Dzulhijjah) telah masuk dan seseorang di antara kamu hendak berkorban, maka janganlah menyentuh rambut dan kulitnya sedikitpun" (HR Muslim).
http://intisonline. wordpress. com/2009/ 11/15/pesta- 10-hari-awal- zulhijjah/

KURSUS PEMANTAPAN FARDHU AIN SOLAT

Tarikh : 22.11.2009 (Ahad)
Tempat : DEWAN PUSAT MOTIVASI HARMONI
Pendaftaran: 7.30-8.30 pagi
Masa Kursus : 8.30-12.45 petang


Segala kemusykilan akan dijawap Insya-Allah. Membentangkan hal dan permasalahan :-
* Bersuci
* Wudhuk
* Syarat wajib sah sembahyang
* Rukun sembahyang
* Perkara yang membatalkan sembahyang
* Sembahyang jemaah


TENTATIF PROGRAM
7.30-8.30 am : Pendaftaran
8.30-9.30 am : Syarat Wajib Solat
9.30-10.30 am : Syarat Sah Solat, Bersuci dan Wudhuk
10.30-11.00 am : Rehat
11.00-12.00pm : Rukun Solat & Perkara Yang Membatalkan
12.00pm : Sessi Perbincangan & Ulasan
12.45pm: Tamat


Untuk maklumat lanjut, sila hubungi kami:-
PUSAT MOTIVASI HARMONI
No 51-1, Jalan Desa 9/6,
Bandar Country Homes,
48000 Rawang, Selangor.
012-3747591/ 013-2641586

Thursday, November 12, 2009

SOLAT COURSE

SOLAT COURSE
(THE WAY OF PROPHET MUHAMMAD s.a.w)


In an authenthic hadith, the Prophet s.a.w said:

"The first thing which will be judged among a person's deeds on the day of resurrection is the prayer. If that is in good order, he will pass the test and prosper, and if that is defective, he will fail the test and be a loser".
(Al- Tirmidhi)

"Perform the prayer as you have seen me performed them"
(Al-Bukhari, Muslim & Ahmad)

Date : 14 November 2009/26 Zulkaedah 1430H (Saturday)

Time : 8:15 a.m - 5:00 p.m
(Registration starts at 8.15 a.m)

Venue : Al-Khaadem Hall
Lot 1034 Jalan Cempaka
Sungai Kayu Ara
47400 Petaling Jaya

Fee : RM40.00 (Adult) RM25.00 (children below 12 years old)
(Fee is inclusive of reference book, writing materials, lunch and two tea breaks)


· Closing date for registration and payment : 8 November 2009


Course Content:

· Thoharah (Ghusul, Wudhu' & Tayammum)
· Solat Alone
· Solat in Congregation
· Masbuq in Solat
· Adab of the Imam
· Solat for Janaazah
· Solat for Travelers (Jamak & Qasar)



For further information, please contact:
Office - Tel : 03 7726 4146 / Fax: 03 7726 4149
Al-Khaadem Rep. - Imran Zain: 013-712 1179 / Zul Ariff: 012-3544 014
Darsi: 019-2240 153
Email:alkhaadem. my@gmail.com or darshi_md@yahoo. com

Thursday, November 5, 2009

KURSUS PEMANDU PELANCONG

Masjid Negara, Masjid Wilayah, Masjid Jamek KL, Masjid Putra Jaya, Masjid Negeri Shah Alam, Masjid Negeri Kuantan, Masjid Negeri Melaka dan beberapa masjid lain kerap menerima kunjungan para pelancong luar negara yang kebanyakannya non-muslim yang bersedia untuk menerima taklimat mengenai masjid yang dilawati serta Islam. Peluang ini boleh dimenafaatkan dengan berdakwah kepada mereka supaya mereka mengenal Allah, Muhammad SAW, al-Qur'an dan lain-lain info Islam. Mari sertai kami di Islamic Outreach ABIM untuk mendaftar sebagai "Masjid Tour Guide" dan menyertai kursus pengenalan yang berikut: -

KURSUS PEMANDU PELANCONG (SUKARELAWAN PELANCONG) SIRI 1/2009

Tarikh/Hari: 16 - 17 November 2009 (Isnin & Selasa)
Tempat: Masjid Negara KL
Yuran: Percuma

Untuk pendaftaran, sila hubungi Sis. Normah Sulaiman (019-250 6065) atau nsheaven@yahoo. com


HARI PERTAMA – 16 NOVEMBER 2009 (ISNIN)
Masa
Pengisian / Tajuk
Penceramah
8.00 am – 8.30 am
Pendaftaran Peserta

8.30 am – 9.00 am
Perasmian Kursus

9.00 am – 9.30 am
Sesi bergambar
Minum pagi

9.30 am – 12.30 pm
Ciri-ciri Sukarelawan
Etika Berkomunikasi dan Berinteraksi
Role play
Encik Shahran bin Kassim dari Islamic Outreach ABIM
12.30 pm – 2.00 pm
Makan tengah hari
Solat Fardhu Zohor

2.00 pm – 4.00 pm
Kepentingan dakwah kepada Pelancong di Masjid
Encik Shahkirit Govindji dari Saba Islamic Media
4.00 pm – 4.30 pm
Minum petang
Solat Fardhu Asar

HARI KEDUA – 17 NOVEMBER 2009 (SELASA)
Masa
Pengisian / Tajuk
Penceramah
8.00 am – 10.30 am
Muslim dan Bukan Muslim
Islam dan Agama-Agama Lain
Encik Shahkirit Govindji dari Saba Islamic Media

10.30 am – 11.00 am
Minum pagi

11.00 am – 1.00 pm
Metodologi dan keberkesanan dakwah dalam Masjid
Bengkel
YBhg. Dato’ Wan Majid bin Wan Abdullah dari Islamic Outreach ABIM
1.00 pm – 2.00 pm
Makan tengah hari
Solat Fardhu Zohor

2.00 pm – 4.00 pm
Praktikal Guided Tour
Sesi Soal Jawab
YBhg. Dato’ Wan Majid bin Wan Abdullah dari Islamic Outreach ABIM

4.00 pm – 4.30 pm
Majlis Penutupan Kursus dan Penyampaian Sijil
Minum petang
Solat Fardhu Asar

Thursday, October 29, 2009

PROGRAM PEMANTAPAN IBADAT SOLAT

PROGRAM PEMANTAPAN IBADAT SOLAT

“KEM ASUHAN INSAN HARAPAN”

(KASIH)

4 - 6 Disember 2009

Bersama :

Ustaz Nazrey Johani

(bekas vokalis kumpulan nasyid RAIHAN)



“Satu ikon KASIH ibubapa untuk anak demi Tuhannya”







anjuran :

PUSAT PENGAJIAN SEPANJANG HAYAT, KUIS





sila hubungi:



Pn. Hanifah Haron

(016-6279192)

En.Mohd Husni bin Mohd Said

(019-6959 600)

En. Mohd Sallehuddin bin Mohd Said

( 012-6210859 )

Pejabat KUISCELL

03-8925 4251

Samb 3306/1236/3341/ 3108

Atau layari laman web :

www.kuis.edu. my

Saturday, October 24, 2009

KULIAH HADIS 40

Assalamualaikum.
Muslimin dan muslimat,

Jemputan ke Kuliah Hadith 40

Buku Hadith Iman Nawawi, Kajian Sanad dan Huraian Teks.
Penceramah: Ustaz Adlan Abd Aziz
Tarikh: Ahad, 25hb Oktober 2009
Masa: 11.00 – 12.30 t/hari
Tempat: The Little Khalifah Shop 2750A Jalan Changkat Permata Taman Permata 53300 Kuala Lumpur

Penyertaan adalah percuma.

Untuk pendaftaran sila hubungi: 03 4147 2626

SEMINAR:SIM PEMBELA ATAU PEROSAK WANITA

Satu lagi seminar anjuran Ikatan Intelektual Nusantara (IKIN) dengan kerjasama HTM dan Muslimah HTM pada 25 oktober 2009 (Ahad). Maklumat lanjut seperti berikut:

Tarikh: 25 Oktober 2009
Tempat: Dewan Serbaguna, Jalan 51A/227, Petaling Jaya, Selangor DE
Masa: 9.00 Pagi - 1.30 Petang

- Masuk Adalah Percuma, Semua Dijemput Hadir -

Tuesday, September 1, 2009

BENGKEL IBADAT KETIKA SAKIT

BENGKEL IBADAT KETIKA SAKIT
Tarikh : 6 September 2009 (Ahad)
Masa : 2.30 petang – 7.00 malam
Tempat : Dewan Masjid Al-Muhsinin, Taman Danau Desa, Off Jln Klang Lama, KL


Tajuk Pengisian:
2.30ptg – 4.30 ptg : Tajuk - Bersuci Ketika Sakit
a. Cara Berwudu’ ketika Sakit
b. Cara Tayamum

5.00ptg – 7.00 mlm : Tajuk - Ibadah Puasa & Solat Ketika Sakit



Pembimbing : Us Hj Abdul Halim Saad (Mantan Imam Masjid Negara)


Yuran: Percuma / Jamuan makan minum (Berbuka Puasa) disediakan.


Maklumat Lanjut & pendaftaran hubungi : 013-6714932

Friday, August 14, 2009

KEM SOLAT MUSLIMAT


KEM SOLAT - UNTUK MUSLIMAH SAHAJA (USTAZAH HJH SHAM)
Hari & Waktu Pengajian:
19/4/09 (AHAD) - 8.30 PAGI HINGGA 6.00 PTG. (BAYARAN : RM30.00)

Mobile Phone:
012-4438024 - ZARIFAH

"PERGI TAK KEMBALI"-ALFATIHAH

DUNIA nasyid tanahair dikejutkan dengan pemergian vokalis kumpulan nasyid popular, Rabbani, Ustaz Asri Ibrahim yang menhadap Ilahi pada 13 Ogos 2009 lebih kurang jam 11 pagi. Ketika itu beliau berada di angkasapuri bagi rakaman siaran Syahadah.

Sekalung takziah kepada ahli keluarganya. Semoga Allah menempatkan roh beliau bersama orang-orang beriman. Al Fatihah....

Tuesday, August 11, 2009

BOIKOT ISRAEL SELAMATKAN PALESTIN

Assalamualaikum ... muslimin & muslimat,

Anda dan seisi keluarga serta rakan2
dijemput datang dan menyertai konvoi
untuk memberikan sokongan terhadap program ...

BOIKOT ISRAEL !!!
SELAMATKAN PALESTINE


anjuran

COMPLETE MALAYSIA
COALITION OF MALAYSIAN NGOs AGAINST
PERSECUTION OF PALESTINIANS


Tempat : Lobi Menara DBKL 1, Jln. Raja Laut, KL
Tarikh : 15 Ogos 2009 (Sabtu)
Masa : 9.00 pagiSiapa dijangka hadir : 1. Adik Muhammad Al Haj Moussa (Seorang remaja Palestine yang kudung kedua-dua kaki angkara kekejaman Israel)2. George Galloway (Ahli Parlimen dari Britain dan Pejuang Hak Asasi Manusia)3. Artis-artis : Siti Nurhaliza, Amy Search, Awie, Louisa Chong, Muadz dll

* Jualan Amal T-shirt Boikot Israel RM25 (dewasa) RM20 (kanak2)
* T-shirt PERCUMA untuk pelajar kolej/ universiti (sila bawa Kad I.D. Pelajar)

* Aktiviti Konvoi KERETA & Motosikal Berkuasa Tinggi
Route 1 : DBKL - NKVE - Stadium Shah Alam
Route 2 : DBKL - KESAS - Stadium Shah Alam
Route 3 : DBKL - Federal Highway - Stadium Shah Alam

Untuk Pendaftaran Konvoi, hubungi atau SMS :
En. Ahmad Yusri (019 - 244 5523)
En. Idris Mohamad (016 - 293 6523)
( Bayaran RM20 setiap kenderaan akan dibekalkan pelekat kereta, bendera & minuman )

ON KONVOI NAMA NO. K/P EMAIL NO. PLAT KENDERAAN
hantar ke
019 - 244 5523 atau 016 - 293 6523

Friday, August 7, 2009

SEMINAR

Tajuk : Kemelut Ekonomi Global Mampukah Syariah Islam Mengatasinya?

Tempat : Dewan Center For Teaching And Learning (CTL) UTM

Pencermah : Prof. Dr. Mohd. Nazari bin Ismail, Universiti Malaya
Tarikh : 7 Ogos, 2009
Hari : Jumaat
Masa : 9.00 hingga 11.00 malam
Yuran : Percuma
Anjuran : Unit ANSAR JIM Johor dan JIM Johor Bahru.

Thursday, August 6, 2009

SEMINAR NAJIS MUGHALAZAH

seminar FENOMENA najis mughallazah dalam dunia kontemporari

tarikh : sabtu, 08 ogos 2009
masa : 8.00 pagi – 5.00 petang
tempat : Dewan Auditorium SIRIM Berhad,
No. 1, Persiaran Dato' Menteri, seksyen 2, Shah Alam, Selangor

Anjuran : Persatuan Ulama Malaysia Cawangan Selangor (PUMSEL),
Persatuan Kakitangan Islam SIRIM (PERKIS),
Persatuan Mahasiswa Islam Universiti Putra Malaysia (PMIUPM) dan
Fakulti Perubatan Veterinar Universiti Putra Malaysia

Tajuk dan Pembentang :

”Standard Halal MS 1500:2004 – Pengenalan” - Ustaz Mohd Yusof Arbain (SIRIM Berhad)

“Babi Menurut Perspektif Aqidah Islam Dan Agama-Agama Lain” - Ustaz Rumaizi bin Ahmad (PUM Selangor)

“Ikhtilaf (Perbezaan Pendapat) Ulama Dalam Masalah Babi - Ustaz Mohd Nidzam Abdul Kadir (UIAM)

“Pendekatan Istihalah (Transformasi) Dalam Produk Yang Berunsurkan Babi” - Dr. Saadan Bin Man (APIUM)

“Penggunaan Babi Dalam Sains dan Teknologi” - Prof. Dato’ Dr Sheikh Omar Abdul Rahman (UPM)

“Keperluan Penternakan Babi Moden di Malaysia”- Prof Madya Dr. Loh Teck Chwen (UPM)

“Penternakan Babi dan Hak Bukan Islam Dalam Negara Islam : Satu Tinjauan Berdasarkan Siyasah Syar’iyyah dan Sejarah Islam” - Dr. Mohd Roslan Mohd Nor (APIUM)

“Bahan-bahan Babi dalam Kepenggunaan Menurut Pandangan Hukum Fikah” - Ustaz Haji Zainal Abidin Jaafar (HDC)

“Aplikasi Sains Dalam Mengesan Produk Babi Dalam Makanan Dan Perubatan”- Prof Madya Dr. Suhaimi Mustafa (UPM)

”Babi dalam Pendidikan Veterinar : Suatu Panduan Menurut Fikah”- SS. Dato’ Setia Hj. Mohd Tamyes Abdul Wahid (Mufti Selangor)

Yuran Penyertaan :

Pertubuhan / Agensi Jabatan : RM150.00
Individu : RM 50.00
Pelajar / Mahasiswa (Ijazah Pertama) : RM 10.00

Bayaran adalah untuk seorang peserta meliputi kertas seminar dan makanan.

Pendaftaran Penyertaan :

Sila buat pendaftaran sebelum atau pada 06 Ogos 2009 dengan menghubungi:

Talian : 013-384 0710 (Azmi), 013-3007 193 (Sarah), 013-2221 579 (Ahani)
03-7955 4300 (PUM)
Faks : 03-7955 4300 (PUM)
Email : pumpusat@yahoo.com
Blog : http://ulamadaily.blogspot.com

Alamat :
Persatuan Ulama’ Malaysia
8-4, The Right Angle, Jalan 14/22, Sekysen 14,
46100 Petaling Jaya, Selangor Darul Ehsan

Wednesday, August 5, 2009

KURSUS PEMANTAPAN FARDHU AIN SOLAT

KURSUS PEMANTAPAN FARDHU AIN SOLAT


Segala kemusykilan akan dijawap Insya-Allah.

Membentangkan hal dan permasalahan :-

þ Bersuci
þ Wudhuk
þ Syarat wajib sah sembahyang
þ Rukun sembahyang
þ Perkara yang membatalkan sembahyang
þ Sembahyang jemaah

JADUAL KURSUS
Tarikh : 9.08.09 (Ahad)

Tempat : DEWAN PMH
Yuran Pendaftaran: RM 15 (seorang)
Pendaftaran: 8.00-8.30 pagi
Masa Kursus : 8.30- 1.00 petang
*Termasuk minum pagi
*Fail dan nota kursus disediakan


TENTATIF PROGRAM
8.00 pg : Pendaftaran
8.30 pg : Syarat wajib solat
9.30 pg : Syarat sah solat, bersuci & wudhuk
10.30 pg : Rehat
11.00pg : Rukun solat & perkara yang membatalkan sembahyang
12.00 pm : Sessi perbincangan & ulasan
1.00pm : Tamat

UNTUK MAKLUMAT LANJUT SILA HUBUNGI :-
PUSAT MOTIVASI HARMONI
No 51-1, Jalan Desa 9/6, Bandar Country Homes, 48000 Rawang, Selangor.
012-3747591 / 017-8142313

Sunday, August 2, 2009

BENGKEL SOLAT

[Attachment(s) from Ikhwan Assakhie included below]

ANDA Sembahyang?
Bagaimana prestasi sembahyang anda? Khusyuk? APA dan bagaimana khusyuk itu? APA kesan sembahyang pada diri anda? APA peranan dan fungsi sembahyang anda? Pernah anda kaji dan siasat tentang sembahyang anda?
Sebenarnya, adakah anda benar-benar telah sembahyang?
JAWAPANNYA:

ADA DALAM KURSUS MOTIVASI PENGHAYATAN SOLAT


APA FAEDAH INI UNTUK ANDA?

* Anda akan diberi panduan serta bimbingan bagaimana untuk “MENINGKATKAN KUALITI SEMBAHYANG” sehingga boleh berperanan membentuk “PERIBADI AGUNG”
*Apa “RAHSIA PENDIDIKAN” yang ada dalam sembahyang sehingga boleh melahirkan “Peribadi Agung” melalui sembahyang?
* Apa itu Peribadi Agung? Apa peranannya dalam kehidupan? Apa faedahnya untuk diri kita?

KANDUNGAN KURSUS
v Falsafah dan peranan sembahyang
v Tujuh sifat Peribadi Agung
v 9 kategori sembahyang Umat Islam akhir zaman. 6 kategori tergolong dalam sembahyang yang tidak diterima dan hanya 3 kategori sembahyang yang akan dinilai
v Memahami 24 ciri-ciri keagungan sembahyang
v Gangguan-gangguan yang berlaku sebelum, ketika dan selepas sembahyang yang menjadikan sembahyang kita tidak diterima
v Persediaan lahiriah yang perlu dilakukan apabila hendak menunaikan sembahyang untuk dapat mencapai kategori sembahyang yang diterima

JADUAL KURSUS
Tarikh : 2.8.2009 (Ahad)

Tempat: Dewan Pusat Motivasi Harmoni

Yuran Pendaftaran: RM 30 (seorang)

Pendaftaran:
7.30 pagi – 8.00 pagi
Masa Kursus:
8.30 pagi – 4.00 petang
* Termasuk minum pagi, makan tengahari
* 5 kali kuliah
* Fail dan nota kursus disediakan
* Dewan berhawa dingin
Pada yang belum ikuti kursus ini, segera daftarkan diri pd urusetia.
SEHARI IKUTI KURSUS INI, TERJAWAB PERSOALAN SOLAT KITA SEUMUR HIDUP.

UNTUK KETERANGAN HUBUNGI KAMI DI :-
PUSAT MOTIVASI HARMONI
No 51-1 Jalan Desa 9/6,
Bandar Country Homes,
48000 Rawang, Selangor
012-3747591, 017-8142313

http://pusatmotivasiharmoni.blogspot.com

PERUBATAN ISLAM


Latihan Rawatan Islam AMSYIQ dianjurkan oleh AKADEMI MAQARI’ SYIFA’ QURANI (AMSYIQ)

Tempat : Akademi Maqari Syifa’ Qurani, Pangsapuri Bistari, Persiaran Kemajuan, Seksyen 16, 40000 Shah Alam

Tarikh / Masa : -1 Ogos 2009 (9.30 pg -5,00 ptg) Modul 1
2 Ogos 2009. (9.30 pg - 5.00 ptg) Modul 2
Masa Pendaftaran : 9.00 pg - 9.30 pg
Kursus disampaikan sepenuhnya oleh Syeikhul Maqari Hj. Othman bin Hamzah
Yuran Latihan. - RM 75.00 untuk peserta mengikuti seisi satu atau seisi dua sahaja. -
RM 150.00 bagi peserta yang mengikuti kedua-dua seisi.

SEMINAR DUNIA ISLAM

SEMINAR DUNIA ISLAM KONTEMPORARI – CABARAN DAN HALA TUJU MASA DEPAN
TARIKH : 15 - 16 OGOS 2009
TEMPAT : AUDITORIUM ABU ZARIM,TNB INTERGRATED LEARNING SOLUTION (ILSAS),KM 7, JLN KAJANG-PUCHONG, BANDAR BARU BANGI,SELANGOR DARUL EHSAN (DALAM KAMPUS UNITEN)
ANJURAN : PERSATUAN ULAMA MALAYSIA (PUM) &TNB INTERGRATED LEARNING SOLUTION (ILSAS)

TAJUK & PEMBENTANG
Dunia Islam Kontemporari : Cabaran dan Halatuju
Oleh : Dato’ Sheikh Abdul Halim Abd Kadir (PUM)

Masa Depan Dunia Islam Era Obama
Oleh : YBhg. Profesor Dato' Paduka Mohamad Bin Abu Bakar (UM)

Menyantuni Konflik Palestin dan Harapan Masa Depan
Oleh : Dr. Mohd Roslan Mohd Nor (APIUM)

Aliran Baru Politik di Malaysia
Oleh : Prof. Dr. Mohammad Redzuan Othman (UM)

Kedudukan Non Muslim di Negara Islam
Oleh : Prof. Madya Dr. Ahmad Zaki bin Ibrahim (APIUM)

Pelaksanaan Syariah Islam di Malaysia: Cabaran dan Harapan
Oleh : Prof. Dato’ Paduka Dr. Mahmood Zuhdi Ab Majid (UIAM)

Perlaksanaan Syariah Islam: Pengalaman Aceh
Oleh : Prof. Dr Tgk. H. Muslim Ibrahim (MPU) Aceh

Jihad Ekonomi & Pemilikan Equiti Melayu-Muslim di Malaysia
Oleh : Tan Sri Dato’ Muhammad Ali Hashim – (Johor CorporationKonflik Muslim Minoriti di Thailand dan Filipina
Oleh : Tuan Hj. Mohd Azmi Abdul Hamid TERAS

Menangani Masalah Khilafiah di Malaysia
Oleh : Dato’ Sheikh Mohamad Nor Mansor Al-Hafiz (JAI Negeri Perak)

Menangani Masalah Khilafiah di Malaysia
Oleh : Prof. Madya Dr. Fauzi Deraman (APIUM)

Seminar ini akan dilangsungkan selama dua hari bermula pendaftaran dari jam 8.00 pagi (15 Ogos 2009) dan berakhir 2.00 petang (16 Ogos 2009).Yuran Penyertaan :Pertubuhan / Agensi Jabatan : RM200.00Individu : RM100.00Pelajar / Mahasiswa (Ijazah Pertama) : RM 50.00Bayaran adalah untuk kit seminar, jamuan ringan dan makanan serta kos pengurusan.

Pendaftaran Penyertaan :Untuk penyertaan seminar, sila buat pendaftaran sebelum atau pada 13 Ogos 2009 dengan menghubungi:Talian : 013-384 0710 / 016-274 6550 (Sdra. Azmi)03-7955 4300 (PUM)Faks : 03-7955 4300 (PUM)Email : pumpusat@yahoo.comBlog : http://ulamadaily.blogspot.com

Persatuan Ulama' Malaysia8-4 The Right Angle,Jalan 14/22, Seksyen 14,46100 Petaling Jaya,Selangor Darul Ehsanhttp://www.e-ulama.orghttp://ulamadaily.blogspot.com/

pengajian islam di selangor

Pertubuhan Sinar Damsyik Malaysia menjemput muslimin dan muslimat menghadiri kuliah mingguan yang diadakan secara percuma (sumbangan dialukan) di pejabat Persidam, berikut adalah maklumat2nya. Harap dapat dihebahkan kepada muslimin muslimat yang lain

Kitab: Matan Abi Syuja - Feqah (Asas) & Futuhal Ghuyub
Masa: 8.00 - 10.00 malam
Hari: Setiap hari Isnin

Kitab: Tafsir ALJalalain (Juzuk 30) Naskhah Arab & Ringkasan Sahih AlBukhari (Mukhtasar Ibnu Abi Jamrah)
Masa: 9.30 Malam - 10.30
Hari: Setiap hari Selasa

Kitab: Feqah Imam Syafie Muslimat
Tajwid al Quran
Masa: 8:30 - 9:45 malam
Hari: Setiap Khamis

Kitab Fiqh bab Taharah (ulangkaji) Masa:8:30 - 9:30 malam
Hari: Rabu minggu kedua dan keempat

Tempat pengajian: 36, Jalan Bola Tampar 13/14, Seksyen 13, Shah Alam (berdepan dengan stadium shah alam, sederet dengan kedai Asia Moda, Mayfirst) Persidam jugan menawarkan pengajian berkitab(Maahad Tahzib Wa Ta'lim) sepenuh masa bagi muslimin dam muslimat, percuma dan disediakan asrama.(hanya makan & minum biayai sendiri) U

ntuk maklumat lanjut hubungi:
Pejabat: 03-55415380,
Ustaz Aleh: 012-3663795 ,
Ustaz Ahmad Basri: 0129593142 atau
emel ke alamat aleh1977@hotmail.com

MALAM AMAR


Assalamualaikum, dijemput hadir dan uar-uarkan konsert Malam Amar (Amar Maaruf Nahi Mungkar) Anjuran Kerajaan Negeri Selangor dan dikendalikan oleh Nasyeed.ComSAKSIKAN PERSEMBAHAN BERKONSEPKAN EDUTAINMENT SECARA PERCUMA. HEBAHKAN KEPADA SEMUA SAHABAT2 ANDA TANPA MENGIRA USIA, BANGSA, AGAMA

Wednesday, May 13, 2009

KEM BINA SAHSIAH

TARIKH:
SABTU HINGGA ISNIN
(30 MEI - 1 JUN 2009)
TEMPAT:
DEWAN TMN POKOK SENA INDAH
YURAN PENYERTAAN :
RM 120 SEORANG
PENGISIAN KEM :
1) Tahsin ayat2 lazim
2) Pemantapan wuduk & amali solat
3) Motivasi
4) Peningkatan akhlak
5) Tips-tips pelajar cemerlang
6) Nasyid
7) Riadah

# Terbuka kepada semua kanak2 laki & perempuan 9 tahun hingga 17 tahun

Berminat????
Hubungi....

- Ust Mohd Hafiz 019-5480779
- Ust Mohd Syukri 012-5303098
- Ustzh Anisah 017-4670149

ANJURAN SURAU NURUL HUSNA TAMAN POKOK SENA INDAH 13300 TASEK GELUGOR, PULAU PINANG

Monday, May 11, 2009

BENGKEL KESEMPURNAAN SOLAT



Assalamualaikum…

Khas untuk mereka yang berada di kawasan Lembah Kelang dan yang berminat untuk memperbaiki kualiti solat. Anda dijemput untuk menghadiri bengkel berikut sekiranya mempunyai kelapangan masa. Mudahan-mudahan suatu hari nanti anda akan menjadi suami yang dapat mengimamkan keluarga atau isteri yang dapat mendidik anak-anak tatacara bersolat.Bersolat adalah suatu peluang bagi seorang makhluk merendah diri menyatakan dengan kesedaran dan pengertian menyembah Allah SWT yg maha Esa dengan penuh khusyuk dan tawaduk…..
Sabda Rasullah SAW…”sembahyanglah kamu sebagaimana kamu melihat aku sembahyang”.Berkaitan dengan bacaan al..fatihah, terdapat kita yg membacanya dgn tidak mengikut tajwid yang betul dari segi hukumnya, dan kelancaran menyebut mahkraj.. dan harakatnya….Di dalam solat terdapat 13 rukun dengan dianggapkan “tumakninah”.pada empat rukun itu sebagai sifat kpdnya …. yg mana rukun Qalbi dan Qauli.dsbnya..Itu belum masuk Bab Taharah… bersuci… dan cara menyapu “Khuf” semasa berwudu’Oleh yg demikian marilah kita sama2… kalau ada kelapangan dapat meluangkan masa menghadiri majlis tersebut… supaya ibadat kita benar2 diterima Allah….
BENGKEL KESEMPURNAAN SOLAT
Tarikh : 16 Mei 2009 (SABTU)
Masa : 8.30 pagi – 5.00 petang
Tempat : Masjid Al-Muhsinin, Taman Danau Desa, Off Jalan Kelang Lama, Kuala Lumpur
Yuran : RM10.00 (Makan dan Bahan Cetak disediakan)
Pembimbing : Ustaz Abdul Halim Saad(Bekas Imam Masjid Negara)B. A Al-Azhar / MA Al-Azhar
Modul :1. Pengenalan Solat
2. Rukun Solat
3. Bacaan Solat
4. Perkara Membatalkan Solat
5. Khusyuk Solat
6. Praktikal Solat
Hubungi : Ustaz Khairul - 013 6714932
Sdra Azmi - 019384 2920
Anjuran : Persatuan Ulama’ Malaysia (PUM) dan Masjid Al-Muhsinin
Walk in pun diterima. Marilah memperbaiki solat kita agar diterima oleh Allah swt.
rujukan : ulamadaily.blogspot.com

Thursday, April 16, 2009

CUBA KITA SELIDIKI KEBENARAN..WALLAHUALAM


BABI SUDAH JELAS HARAMNYA PERHATIAN KEPADA SEMUA UMAT ISLAM RISALAH INI DIEDARKAN OLEH DR. RASHEED MOS,UNIVERSITI MALAYA KL, PERSATUAN PENGGUNA MALAYSIA , MAJLIS AGAMA ISLAM MALAYSIA & JABATAN KASTAM MALAYSIA. KAJIAN TELAH DIBUAT OLEH MAHASISWA UTM, UUM, USM, UM, UKM, & CAP.


SENARAI BARANG YANG MENGANDUNGI LEMAK BABI

1. Minyak Masak LAM SOON ( Cap Helang & Buruh ) >
2. Ubat Pearl Cream Arche ( Thailand ) >
3. Ajinomoto ( Thailand ) >
4. Ais Krim Harga RM1.00 ke atas >
5. Semua tauhu buatan Orang Cina >
6. Sabun LUX & Lotion Badan Buatan Malaysia , USA , & Thailand >
7. Sabun FAB berbuku >
8. Lobak Jeruk >
9. Mee & Kueteow basah ( buatan Cina) >
10. Krim Muka Hazeline Snow


SENARAI BARANG YG MENGANDUNGI ( KULIT BABI, URI & BINATANG YANG TIDAK HALAL)

1. Semua Jenis Serbuk Mee Segera Terutama Maggi >
2. Pucuk , Kulit Popia, Fish Cake & Bebola Ikan buatan Orang Cina >
3. Daging Burger Import >
4.. Sardin, Kari Ayam dlm tin & Yong Taufu buatan Orang Cina >
5. Kasut Bola Jenis ' Gold Cup' >
6. Berus Gigi Jenis ' Reach' >
7. Mee Kering ( sanggol ), Mee Rebus Tulang&Kiub Perasa Ayam >
8. Semua sabun mandi yang diimport >
9. Ajinomoto kecuali keluaran Kilang Lot 5710 Jalan Kuchai Lama KL >
10. Semua jenis shampoo kecuali keluaran Orang Islam >
11. Have Pearl Cream >
12. Ramuan Kentucky Fried Chicken & Mc Donald >
13. Ubat Kurap buatan Org Cina >
14..Beehon Segera Siam >
16. Sabun Mandi Yang Berminyak


SENARAI BARANG YANG MENGANDUNGI GELATIN ( LEMAK BABI DAN BINATANG TIDAK HALAL )

1. Bosset Wine Gum >
2. Dairy Milk Coklat >
3. Coklat Cadbury/ Chewing Gum >
4. Sugus Strawberry >
5. Passer Doily Mixture >
6. Trebo Mint Chewing Gum/ Peppermint >
7. Scothes Vikmin >
8. Share Extra Atrenght >
9. Black Current Jelly >
10. Royal Gulaman & Decart Oranges >
11. Valvis Gelatin >
12. Sarung Kapsul Ubat >
13. Ais Krim dalam bekas plastik >
14. Gula-gula Fruities >
15 Cake Mets Vilber Punch >
16 Coklat Cake >
17 Tepung Kastard Lady's Choice >
18 Semua jenis Jelly >
19 Semua jenis gincu bibir >
20 Keseluruhan Jenis Sheisedo >
21 Lady's Choice Jelly >


SENARAI BARANG YANG MENGANDUNGI ALKOHOL UNSUR-UNSURNYA

1 BARANGAN AVON KESELURUHANNYA >
2 PEWANGI KETIAK TERUTAMA JENAMA VITALIS & CONCORD >
3 MINYAK RAMBUT BRYLCREAM ( HIJAU ) >
4 RACUN SERANGGA JENIS SPRAY SEPERTI SHELTOX, BAYGON & MORTIN >
5 SELURUH UBAT BATUK JENIS SIRAP >
6 KESELURUHAN BALL PEN DAKWAT KERING >
7 TONIK BAYI GRAPE WATER, TONIK WATERBERRY COMPOUND

Kami dalam keresahan memohon ampun dan maaf terlewat memberutahu perkara di atas. Pastikan Pakaian anda tidak terkena bahan-bahan diatas terutama pakaian sembahyang. TOLONG CETAK DAN EDARKAN RISALAH INI KPD SEMUA SAUDARA ISLAM KITA. Confirm - Pringles Potato Chips - tidak HALAL !! AMARAN OLEH KERAJAAN M'SIA BERHATI-HATI SEBELUM MAKAN! Ref. Message: Pringles Potato Chips Looks like you have to find another alternative to munch. Just to let you and gang know........ I have checked. It's true that the chips contain Emulsifier. Dr Safurah Hj Jaafar ; Principal Assistant Director; Ministry of Health , Malaysia ; Tel: 03-2540088. TOP URGENT...... .. PLS FORWARD TO OUR MUSLIM FRIENDS... Forward this to your pork-free muslim friends. Beware of what ou eat.


"Sesungguhnya yang mengada-adakan kebohongan itu hanyalah orang-orang yang tidak beriman dengan ayat-ayat Allah dan merekalah pembohong-pembohong ." (An-Nahl ayat 105) "Barangsiapa mengatakan dariku apa yang aku tidak katakan, maka hendaklah Ia bersedia mengambil tempatnya dari Neraka." (Hadith riwayat Az-Zahabi dalam Al-Kabair.)

Wednesday, April 15, 2009

SEKADAR PESANAN DARI HAMBA ALLAH


Suatu hari, Imam Al-Ghazali berkumpul dengan murid-muridnya lalu beliau bertanya

(Teka Teki ) :


Imam Ghazali = " Apakah yang paling dekat dengan diri kita di dunia ini ?

Murid 1 = " Orang tua "

Murid 2 = " Guru "

Murid 3 = " Teman "

Murid 4 = " Kaum kerabat "

Imam Ghazali = " Semua jawapan itu benar. Tetapi yang paling dekat dengan kita ialah MATI . Sebab itu janji Allah bahawa setiap yang bernyawa pastiakan mati ( Surah Ali-Imran :185).


Imam Ghazali = " Apa yang paling jauh dari kita di dunia ini ?"

Murid 1 = " Negeri Cina "

Murid 2 = " Bulan "

Murid 3 = " Matahari "

Murid 4 = " Bintang-bintang "

Iman Ghazali = " Semua jawaban itu benar. Tetapi yang paling benar adalahMASA LALU. Bagaimanapun kita, apapun kenderaan kita, tetap kita tidakakan dapat kembali ke masa yang lalu. Oleh sebab itu kita harus menjaga hari ini, hari esok dan hari-hari yang akan datang dengan perbuatan yang sesuai dengan ajaran Agama".


Iman Ghazali = " Apa yang paling besar didunia ini ?"

Murid 1 = " Gunung "

Murid 2 = " Matahari "

Murid 3 = " Bumi "

Imam Ghazali = " Semua jawaban itu benar, tapi yang besar sekali adalah HAWA NAFSU (Surah Al A'raf: 179). Maka kita harus hati-hati dengan nafsu kita, jangan sampai nafsu kita membawa ke neraka."


IMAM GHAZALI" Apa yang paling berat didunia? "

Murid 1 = " Baja "

Murid 2 = " Besi "

Murid 3 = " Gajah "

Imam Ghazali = " Semua itu benar, tapi yang paling berat adalah MEMEGANG AMANAH (Surah Al-Azab : 72 ). Tumbuh-tumbuhan, binatang, gunung, dan malaikat semua tidak mampu ketika Allah SWT meminta mereka menjadi khalifah pemimpin) di dunia ini. Tetapi manusia dengan sombongnya berebut-rebut menyanggupi permintaan Allah SWT sehingga banyak manusia masuk ke neraka kerana gagal memegang amanah."


Imam Ghazali = " Apa yang paling ringan di dunia ini ?"

Murid 1 = " Kapas"

Murid 2 = " Angin "

Murid 3 = " Debu "

Murid 4 = " Daun-daun"

Imam Ghazali = " Semua jawaban kamu itu benar, tapi yang paling ringan sekali didunia ini adalah MENINGGALKAN SOLAT . Gara-gara pekerjaan kita atau urusan dunia, kita tinggalkan solat "


Imam Ghazali = " Apa yang paling tajam sekali di dunia ini? "

Murid- Murid dengan serentak menjawab = " Pedang "

Imam Ghazali = " Itu benar, tapi yang paling tajam sekali didunia ini adalah LIDAH MANUSIA. Kerana melalui lidah, manusia dengan mudahnya menyakiti hati dan melukai perasaan saudaranya sendiri "



"sampaikanlah walau satu ayat"..