CLICK HERE FOR BLOGGER TEMPLATES AND MYSPACE LAYOUTS »

Friday, October 1, 2010

KHUTBAH JUMAAT: SUNNAH YG DIABAIKAN

Kadang-kadang apabila kita asyik dengan melakukan ibadah lalu menambah amalan-amalan yang bukan datangnya daripada Nabi SAW menyebabkan kita terabai dengan amalan yang benar-benar sunnah. Si khatib mahupun si jemaah yang hadir mungkin boleh mengambil sunnah ini sebagai jambatan dalam menambahkan lagi warisan peninggalan Nabi SAW.



Benarlah kata Abdullah ad-Dailamy : “Sesungguhnya pertama kali hilangnya agama (Islam) adalah dengan ditinggalkannya sunnah. Agama ini akan hilang satu sunnah demi satu sunnah sebagaimana lepasnya tali seutas demi seutas” (Al-Lalika’iy, ad-Darimi dan Ibn Wadhdhah di dalam al-Bida’ wan Nahyu Anha)

Antaranya ialah isyarat tangan dengan jari telunjuk oleh khatib ketika ia berdoa. Ini berdasarkan hadis Nabi SAW daripada Husain bin Abd Rahman daripada ‘Umarah bin Ruaibah, bahawasanya ia pernah melihat Bisyr bin Marwan berkhutbah di atas mimbar sambil mengangkat kedua tangan untuk berdoa. Lalu Umarah berkata :

(Maksudnya) “Semoga Allah SWT memburukkan tangan tersebut. Sesungguhnya aku melihat Rasulullah SAW berdoa hanya dengan isyarat jari telunjuk.” Dalam riwayat lain, dia berkata “pada hari Jumaat”. ( HR Muslim dan At-Tirmizi pada bab ‘Makruhnya mengangkat tangan diatas mimbar’)

Hadis ini menolak pendapat yang membolehkan khatib mengangkat tangan berdoa ketika di atas mimbar melainkan hanya dengan isyarat jari telunjuk. Imam an-Nawawi berkata “Disunnahkan untuk tidak mengangkat tangan ketika berkhutbah, demikianlah pendapat Imam Malik dan pengikut kami ( mazhab Syafi’) serta yang lainnya. Walaupun sebahagian dari ulama Salaf dan Malikiyyah berpendapat mengangkat tangan diperbolehkan, namun ianya di satu sudut yang lain iaitu ketika Solat Istisqa’. Bukan dalam khutbah Jumaat biasa. “( an-Nawawi, Syarh Sahih Muslim Jil 3, 428. Juga boleh dirujuk dalam kitab Fathul Bari Imam Ibn Hajar al-Asqalani)

Ini menunjukkan kepada kita dua faedah daripada hadis ini, pertamanya, tidak disunnahkan mengangkat tangan bagi khatib saat berdoa dia atas mimbar. Manakala yang kedua disunnahkan bagi khatib melakukan isyarat jari telunjuk ketika berdoa atas mimbar.

Sunnah berikutnya yang jarang diamalkan adalah, makmum menghadap ke arah wajah khatib ketika khatib sedang berkhutbah. Ramai di kalangan kita apabila mimbar berada jauh darinya ia terus menghadap kearah kiblat dan tidak berpaling ke arah khatib.


Ibn Munzir pernah berkata dalam kitab al-Ausath mengenai keperluan menghadapnya para jemaah ke arah khatib yang sedang berkhutbah Jumaat. Beliau mengatakan bahawa “Setiap ulama yang mengetahui hadis tersebut menegaskan bahawa para jemaah solat Jumaat harus menghadap ke arah khatib yang sedang berkhutbah. Antara yang berpendapat seperti itu adalah Ibn Umar, Anas bin Malik, Syuraih dan Atha’.”

Ini berdasarkan kepada hadis dari al-Mustamir bin al-Rayyan: (maksudnya)“Aku melihat Anas Bin Malik datang ke masjid pada hari Jumaat, kemudian dia terus bersandar ke dinding dan menghadap ke arah imam.” (Riwayat ini disahihkan oleh Ibn Hajar al-Asqalani dalam Fathul Bari Jil 2, 467)

Juga berasaskan hadith Ma’mar ketika mana ia pernah bertanya kepada az-Zuhri tentang menghadapnya para jemaah Solat Jumaat ke arah imam, kemudian az-Zuhri menjawab: “Seperti itulah yang dilakukan oleh para Sahabat” ( HR Abd Razzaq dalam al-Mussannaf no. 5390)


Jadinya selepas ini marilah sama-sama kita menghadap wajah kita ke arah khatib di atas mimbar. Mungkin dengan sunnah kita yang sedikit ini mampu memberi kita ganjaran yang besar disisi Allah terhadap tindakan kita menghidupkan sunnah yang dilupakan ini.

Antara sunnah yang amat penting diamalkan oleh orang Malaysia khususnya adalah sunnah berpindah tempat duduk ketika mengantuk sewaktu khutbah disampaikan. Ramai di kalangan kita yang sudah dari awal-awal lagi meletakkan waktu khusus qailullahnya ketika khatib sedang berkhutbah. Ada yang asyik bersetuju menganggukkan kepala tanda setuju dengan khatib sehinggalah iqamah dilaungkan. Itulah betapa hebatnya orang Malaysia.



Sunnah memindahkan tempat duduk ketika mengantuk dalam khutbah boleh dirujuk kepada hadis riwayat Imam Abu Daud, at-Tirmizi dan Ibn Khuzaimah dalam Sahihnya. Sebuah hadis daripada Ibn umar RA dari Nabi SAW bersabda (maksudnya) :


“Apabila salah seorang di antara kamu mengantuk pada hari Jumaat, hendaklah ia berpindah dari tempat duduknya.”


Alhamdulillah, hari ini kita dapat berkongsi 3 sunnah Nabi SAW yang jarang umat Islam di Malaysia amalkan. Kita berharap semoga dengan mengamalkan sunnah Nabi SAW atas kecintaan kita kepada baginda akan mendatangkan rahmat Allah kepada kita, Insya Allah. Ayuh bersama menghidupkan sunnah Nabi SAW!

Wednesday, July 21, 2010

Musibah terhadap seseorang boleh mendidik

Oleh Ahmad Baei Jaafar


Setiap orang tidak ada jaminan untuk selamat daripada ujian Allah. Ujian itu didatangkan Allah mengikut tahap iman seseorang. Orang awam tentu ujian terhadapnya lebih ringan daripada ujian terhadap ulama. Oleh sebab itu ujian Allah tidak sama antara seseorang dengan seorang yang lain.


Jenis-Jenis Musibah dan Tujuan Allah datangkan kepada seseroang adalah:

Jenis
Bala’

Bila boleh berlaku
Apabila orang yang jahat melakukan kejahatan.

Tujuan
Dihina di dunia sebelum dihina di akhirat.

Firman Allah
Allah berfirman yang bermaksud: “Dan sesungguhnya Kami telah menghukum (firaun dan) kaumnya dengan (mendatangkan) musim kemarau yang panjang dan kekurangan buah-buahan, supaya mereka mengambil pelajaran.” (Surah al-Araf 7: 130)

Jenis

Ibtila’

Bila boleh berlaku
Apabila orang yang baik melakukan kebaikan.

Tujuan
Sebagai ujian dan meningkatkan darjatnya sebagai orang Mukmin.

Firman Allah
Allah berfirman yang bermaksud: “Apakah manusia itu mengira bahawa mereka dibiarkan (saja) mengatakan: ‘Kami telah beriman’, sedang mereka tidak diuji lagi? Dan sesungguhnya kami telah menguji orang yang sebelum mereka, maka sesungguhnya Allah mengetahui orang yang benar dan sesungguhnya Dia mengetahui orang yang dusta.” (Surah al-Ankabut 29: 2-3)

Jenis

Kafarah

Bila boleh berlaku
Apabila orang yang baik melakukan kejahatan.

Tujuan
Supaya mereka kembali kepada Allah iaitu bertaubat.

Firman Allah
Allah berfirman yang bermaksud: “Kami akan menguji kamu dengan keburukan dan kebaikan sebagai cubaan (yang sebenar-benarnya) . Dan hanya kepada Kamilah kamu dikembalikan.” (Surah al-Anbiya’ 21: 35)

Umat Islam yang didatangkan musibah kadang-kadang putus asa dan tidak sanggup hidup menderita. Padahal kalau dia bersabar dan membuat perubahan, mereka dijamin syurga. Namun realiti umat Islam kini tidak begitu, mereka lebih sanggup mati awal sebelum diuji. Sedangkan Allah menegaskan seseorang yang diuji itu adalah untuk meningkatkan iman mereka.

Beruntunglah mereka yang melihat positif kepada ujian atau musibah yang menimpa terhadap dirinya kerana dengan ini dia berpeluang membuat perubahan pada dirinya baik dalaman mahupun luaran.







__._,_.___

Tuesday, July 13, 2010

SEMINAR BAITUL MAQDIS 2010

SEMINAR BAITUL MAQDIS 2010

Tarikh : 07 – 08 Ogos 2010
Masa : 8.30 pagi – 5.00 ptg
Tempat : Hotel De Palma, Seksyen 19, Shah Alam, Selangor
Anjuran : Persatuan Ulama' Malaysia (PUM)


Beberapa kertas kerja berkaitan akan dibahas dan dibentangkan oleh wakil-wakil yang terbabit iaitu antaranya:

"Al-Aqsa In Danger"
Dr. Abdallah bin Ma'arof Abed Omar
Jabatan Sejarah dan Tamadun Islam, Akademi Pengajian Islam, Universiti Malaya

"Turki Dan Israel"
Prof. Dr. Mohammad Redzuan bin Othman
Jabatan Sejarah, Fakulti Sastera dan Sains Sosial, Universiti Malaya

"Barat, Negara Arab dan Perang Arab - Israel ke 4"
Prof. Dato' Paduka Mohamad bin Abu Bakar
Jabatan Antarabangsa dan Pengajian Strategi, Fakulti Sastera dan Sains Sosial, Universiti Malaya

"Sejarah Kejatuhan Palestin dan Kewujudan Israel"
Dr. Mohd Roslan bin Mohd Nor
Jabatan Sejarah dan Tamadun Islam, Akademi Pengajian Islam, Universiti Malaya

"Yahudi dan Bani Israel"
Dr. Zulkifli Mohamad Al Bakri
Ahli Majlis Fatwa Negeri Sembilan dan Negeri Terengganu

"Gerakan Ulama Dalam Menangani Isu Palestin"
Al-Fadhil Ustaz Hj. Abdul Ghani bin Samsudin
Sekretariat Himpunan Ulama' Rantau Asia (SHURA)

"Melahirkan Generasi Salahuddin Al-Ayubbi"
Dr. Zainul Rashid bin Zainuddin
Pengerak Aman Palestin

"Masa Depan Baitul Maqdis Berdasarkan Hadith"
Prof. Madya Dr. Fauzi bin Deraman
Jabatan Al-Quran dan Hadith, Akademi Pengajian Islam, Universiti Malaya

"Pengaruh Yahudi Dalam Organisasi Pentadbiran dan Perniagaan"
Prof. Dr. Mohd Nazari bin Ismail
Jabatan Perniagaan Strategi dan Polisi, Fakulti Perniagaan dan Perakaunan, Universiti Malaya.

"Tanah Yang Dijanjikan Menurut Kefahaman Yahudi"
Ustaz Mohd Fauzi Zakaria
Jabatan Akidah dan Pemikiran Islam, Akademi Pengajian Islam, Universiti Malaya

"Pengalaman Menghadapi Rejim Israel dalam Misi Bantuan Kemanusiaan"
Tuan Hj. Ariffin bin Ismail
(Muslim Care Malaysia)

Sdra Aswad bin Ismail
(Wartawan Astro Awani)

MAKLUMAT PENYERTAAN
Yuran Penyertaan :
Pertubuhan / Agensi/Jabatan : RM200.00
Individu : RM100.00
Pelajar / Mahasiswa (Ijazah Pertama) : RM 50.00


*Kos tidak termasuk penginapan dan pengangkutan

Pendaftaran Penyertaan :

Talian : 03-5512 4300 / 03-5511 4301 / 013-384 0710 / 016-274 6550
Faks : 03-5511 4302
Email : pumpusat@yahoo.com
Blog : http://ulamadaily.blogspot.com

Terbuka kepada semua. Semua dijemput menyertainya.

Tuesday, July 6, 2010

KONVENSYEN PEMIKIRAN ISLAM DI HOTEL SERI MALAYSIA

Friday, March 5, 2010

FORUM MAULIDURRASUL

FORUM MAULIDURRASUL
6 MAC 2010
SABTU
9MLM
DI PERKARANGAN MASJID TOK LEBAI HASHIM,
BUKIT MINYAK, BUKIT MERTAJAM

Ahli Panel :
1) YB Ustaz Hashim Bin Jasin, ADUN Sanglang
2) Ybhg Ustaz Hj Abdul Mutalib Bin Maarof, Mudir Yayasan An-Nadhoh
Dipengerusikan :
Ir. Ustaz Abdullah Khairi Bin Hj Haroon, Pendakwah Bebas

KURSUS PENGUBATAN ISLAM DARUSSYIFA' KUMP KEDUA



PERSATUAN Kebajikan dan Pengubatan Islam Malaysia (DARUSSYIFA') Cawangan Pulau Pinang akan menganjurkan Kursus Pengubatan Islam Darussyifa' Kumpulan Kedua. Kuliah akan bermula pada 28hb Mac 2010 dan akan berjalan 2 kali sebulan selama setahun.



Pendaftaran dan taklimat lanjut oleh pengerusi Darussyifa' Pusat akan diadakan pada 13 MAC 2010 (SABTU) jam 11-00PAGI di SURAU AT-TAQWA, BERTAM, KEPALA BATAS.


Muslimin dan muslimat yang berminat boleh mendaftar kepada urusetia sebelum 10 MAC 2010
1) UST MAIRAG HJ SAAD

016-432 2101
2) UST MEGAT FAUZI MOHAMAD

012-556 4406

Thursday, February 25, 2010

SALAM MAULIDURASUL 1431H


Majlis Perhimpunan Ummah & Perarakan sempena Sambutan Maulidur Rasul Peringkat Negeri Pulau Pinang Tahun 1431H/2010M
26 Februari 2010
(Jumaat)
7.00 pagi - 12.00 tgh
Dewan Sri Pinang
* Muslimin & Muslimat dijemput hadir

dan

 
Program Khatam Pengajian Kitab Syamail Sempena Sambutan Maulud Nabi SAW Peringkat Negeri Pulau Pinang Tahun 1431H/2010M
27 dan 28 Februari 2010 (Sabtu dan Ahad)
8.30 pagi hingga 5.00 petang
Dewan Solat Masjid Negeri Pulau Pinang
Sebarang pertanyaan bolehlah menghubungi talian Pejabat Pentadbiran Masjid Negeri 04-8282212.
* Muslimin & Muslimat dijemput hadir


Sunday, February 21, 2010

SAMBUTAN MAULIDUR RASUL 1431H

SAMBUTAN MAULIDUR RASUL 1431H



AKTIVITI DI MASJID AL-MUHSININ

Tarikh: 22-28 Feb 2010


Tempat: Masjid Al-Muhsinin, Taman Danau Desa, Off Jln Klang Lama, KL


maklumat lanjut hubungi: 013-6714932



Acara Khas: 26 Feb 2010 (jam 8.30 pg-12.00 tghri)

- persembahan murid-murid Sek Rendah Agama Masjd Al-Muhsinin
- persembahan pelajar Tahfiz Al-Muhsinin
- pertandingan mewarna / melukis
- pertandingan syarahan / hafazan / tilawah
- tayangan slaid kisah-kisah Nabi SAW
- slot mari dengar cerita Nabi
- bacaan ikrar kanak-kanak & remaja sempena Maulidur Rasul SAW
- Penyampaian hadiah dan anugerah
- dan lain-lain lagi