CLICK HERE FOR BLOGGER TEMPLATES AND MYSPACE LAYOUTS »

Friday, December 16, 2011

Gurauan Rasulullah SAW

Gurauan Rasulullah SAW


Assalamualaikum warahmatullah,

Laman-Seri masih dalam mood Awal Muharam dan kali ini dikongsikan gurauan cara Rasulullah SAW. Rasulullah merupakan contoh teladan terbaik untuk dicontohi, bertepatan dengan firman Allah SWT yang bermaksud, “Ðan bahawa sesungguhnya engkau mempunyai akhlak yang amat mulia.” (Surah al-Qalam 68:4)

Penggunaan partikel ‘ala dalam ayat tersebut merujuk kepada kesempurnaan, yakni perkataan itu merujuk kepada sesuatu yang terletak di atas kemuncaknya. Ðemikian menurut kesimpulan pentafsir terkemuka Mesir, Syeikh Muhammad Mutawalliy al-Sya’rawiy.

Satu aspek yang amat jarang dibincangkan berhubung dengan akhlak Rasulullah ialah, adakah Nabi SAW juga pernah bergurau? Jika ya, bagaimanakah gaya gurauan Baginda? Adakah membawa ke peringkat para sahabat ketawa?

Ðewasa ini kita banyak melihat lawak jenaka di kaca televisyen yang banyak mempersendakan, memperolok-olok, memperbodoh-bodohkan orang lain dan tidak kurang juga lawak jenaka yang memperlihatkan kejelekan diri pelawak itu sendiri dengan meniru gaya orang lain mahupun ‘menjadikan’ diri jantina yang berlawanan.

Ini jelas berlawanan dengan gurauan yang pernah dilakukan Rasulullah SAW tidak ada dusta, tipu muslihat dan cercaan kepada orang lain. Banyak gurau dan berlebih-lebihan terhadapnya, itu boleh mengundang banyak tertawa, yang akhirnya berakibat kepada matinya hati, sebagaimana disebutkan dalam sebuah hadis, “Janganlah kamu memperbanyak tertawa, kerana banyak tertawa boleh mematikan hati.” (Hadis riwayat Ibnu Majah)

Menerusi kajian terhadap hadis dan sirah, kita pasti bahawa sebagai manusia biasa, Nabi SAW memang seorang yang suka bergurau senda, sama ada dengan para isteri dan sahabat, bagi menarik perhatian mereka selain berasa senang hati untuk mendengar nasihat. Namun gurauan Baginda tidak pernah terkeluar daripada rangka kebenaran.

Berikut merupakan sebahagian bukti yang menunjukkan gurauan Nabi SAW tidak menjatuhkan Baginda dari daerah kemuliaan.

❀ Menaiki anak unta

Anas bin Malik r.a. menukil, seorang telah datang kepada Nabi SAW meminta Baginda SAW untuk membantunya menaiki atas seekor unta. Rasulullah lantas berkata kepadanya, “Baiklah, aku akan membantumu menaiki anak unta ini!” Beliau berasa hairan lantas bertanya, “Ya Rasulullah! Mana mungkin untukku menaiki anak unta?” Baginda SAW bersabda kepada Anas yang terpinga-pinga itu, “Apakah mungkin bagi unta ini dilahirkan dalam keadaan ia sudah pun dewasa?” (Hadis riwayat at-Tirmidzi, Abu Ðaud dan yang lainnya)

Peristiwa ini sekaligus menjadi teka-teki agar sahabat ini berfikir bahawa setiap makhluk merupakan ‘anak’ kepada ibu yang melahirkannya. Namun maksud sebenarnya ialah Baginda tidak mampu menunaikan permintaan itu.

❀ Anak burung pipit

Ðari Anas r.a., yang lainnya, dia berkata, “Tidaklah Rasulullah SAW membaur kepada kami hingga baginda berkata kepada adikku, “Wahai Abu Umair! Apa yang telah dilakukan Nughair (burung pipit)?”” (Hadis riwayat Muslim)

Abu Yahya berkata, “Pemahaman hadis ini adalah bahwasanya Nabi SAW pernah bergurau. Ðalam hadis ini, baginda SAW memberi julukan (kuniyah) kepada anak kecil, dan berkata kepadanya, “Wahai Abu Umair.” Di dalamnya Baginda juga tidak mempersoalkan untuk memberi anak kecil burung agar dia bermain dengannya. Sesungguhnya Nabi SAW berkata kepadanya, “Wahai Abu Umair! Apa yang telah dilakukan burung pipit?” Kerana anak itu punya burung pipit yang diajaknya bermain, lalu ternyata burung itu mati, sehingga dia pun bersedih. Lalu Nabi bergurau dengannya dan berkata, “Wahai Abu Umair, apa yang telah dilakukan burung pipit?””

❀ Siapa lebih kuat makan?

Satu ketika, Rasulullah SAW dan para sahabat sedang makan buah kurma, biji-bijinya mereka sisihkan di tempatnya masing-masing. Beberapa saat kemudian, Ali menyedari bahawa dia memakan terlalu banyak kurma.

Biji-biji kurma sisa mereka berkumpul lebih banyak di sisi Ali dibandingkan di sisi Rasulullah SAW. Maka Ali pun secara diam-diam memindahkan biji-biji kurma tersebut ke sisi Rasulullah.

Kemudian Ali r.a. dengan tersipu-sipu mengatakan, “Wahai Nabi, engkau memakan kurma lebih banyak daripada aku. Lihatlah biji-biji kurma yang berkumpul di tempatmu.”

Nabi pun tersenyum dan menjawab, “Ali, kamulah yang memakan lebih banyak kurma. Aku memakan kurma dan masih menyisakan biji-bijinya. Sedangkan engkau, memakan kurma berikut biji-bijinya.” (Hadis riwayat Bukhari)

❀ “Wahai yang memiliki dua telinga”

Anas r.a. yang pernah berkhidmat dengan Nabi SAW selama lebih 10 tahun, meriwayatkan bahawa Nabi sesekali memanggilnya dengan gelaran “Wahai yang memiliki dua telinga”. Panggilan yang berupa gurauan ini nyata merupakan satu fakta yang benar. Jelas, gelaran itu adalah satu panggilan yang disenangi oleh Anas kerana memang setiap manusia memiliki sepasang cuping telinga. Tetapi kenyataan itu sebenarnya untuk menunjukkan bahawa Anas amat peka dengan apa yang disabdakan Nabi.

❀ Si Penyelamat


Suatu hari Abu Bakar al-Siddiq r.a. berasa marah kepada puterinya Aisyah r.ha. dan peristiwa itu menyebabkan beliau hampir menamparnya.

Namun Rasulullah telah menjadi penyelamat, dengan memasukkan Aisyah r.ha. ke dalam kamarnya. Setelah Abu Bakar pergi, Nabi SAW lantas berkata kepada isterinya, Aisyah r.ha. dengan nada bisikan : “Bagaimana? Hebat bukan caraku menyelamatkanmu daripada orang itu (Abu Bakar)?”

❀ Lelaki Badwi bernama Zahir

Ðalam sebuah riwayat yang lain, seorang lelaki Badwi bernama Zahir r.a. sering memberikan Nabi SAW hadiah dari kampungnya. Akhlaknya yang istiqamah dalam memberikan hadiah ini menyebabkan Nabi SAW amat menyayanginya.

Suatu hari ketika berada di pasar Madinah, Rasulullah SAW memeluk Zahir r.a. dari arah belakang menyebabkannya terkejut lantas menjerit, “Lepaskan saya, lepaskan saya!”

Lalu Rasulullah SAW bergurau dengan para sahabat yang berada di pasar ketika itu dengan sabdanya yang bermaksud, “Siapa yang ingin membeli hamba?”

Apabila menyedari bahawa Nabi SAW yang memeluknya, dia lantas bertanya, “Wahai Nabi, adakah engkau ingin menjualku? Saya bukanlah seorang yang kacak juga bukanlah seorang yang kaya.”

Mendengar jawapan yang amat merendah diri ini, Nabi SAW bersabda yang bermaksud, “Tetapi engkau di sisi Allah SWT bukanlah suatu yang tidak laku! Ði sisi-Nya, engkau teramat mahal!” (Hadis riwayat at-Tirmidzi)

❀ Khurafat

Suatu malam Rasulullah SAW berbual dengan para isterinya. Mereka asyik berbincang hingga salah seorang daripada mereka berkata, “Itu adalah cerita khurafat.”

Rasulullah SAW memotong dengan bertanya, “Tahukah kamu apakah itu khurafat? Khurafat adalah seorang lelaki yang berasal dari Bani ‘Uzrah yang pernah ditawan oleh segolongan jin pada zaman jahiliah. Setelah sekian lama menjadi tawanan, dia akhirnya dibebaskan. Lelaki yang bernama Khurafat ini telah menceritakan pengalaman anehnya sepanjang kehidupannya di alam jin. Walhasil, orang yang sukar mempercayai ceritanya itu menggelar sebarang maklumat yang pelik dengan nama cerita atau khabar yang khurafat.”

Ðemikianlah seperti yang dijelaskan oleh Imam at-Tirmidzi dalam kitabnya al-Syamail al-Muhammadiyyah.

❀ Ði matanya terdapat warna putih...?

Ðalam sebuah hadis yang dikemukakan oleh al-Nawawi dalam al-Azkar, seorang wanita sedang mencari suaminya. Nabi yang melihatnya lantas bertanya, “Apakah kamu sedang mencari lelaki yang di matanya terdapat warna putih?”

Wanita itu terkejut lantas menangis dengan sangkaan suaminya sudah menjadi buta.

Rasulullah SAW akhirnya menjelaskan bahawa setiap mata pasti mempunyai bahagian yang berwarna putih. Gurauan Baginda itu adalah menunjukkan suaminya itu masih hidup.

❀ Orang tua tidak masuk syurga

Turut tersenarai dalam anekdot gurau tawa Nabi SAW dengan para sahabat adalah kisah wanita tua yang datang menemui Nabi SAW untuk memohon doa Baginda supaya boleh memasuki syurga. Jawapan Baginda SAW, “Wahai nenek! Syurga tidak akan dimasuki wanita sepertimu!”

Jawapan Nabi itu telah mengakibatkan wanita lanjut usia menangis tersedu-sedu. Setelah itu barulah Nabi SAW menjelaskan kepada para sahabatnya, bahawa dia tidak akan memasuki syurga dalam keadaan tua seperti itu. Kemudian Nabi SAW bersabda, "Khabarkan kepadanya bahwasanya dia takkan masuk surga, dalam keadaan lanjut usia. Sesungguhnya Allah SWT berfirman, “Sesungguhnya Kami menciptakan mereka (bidadari-bidadari) dengan langsung, dan Kami jadikan mereka gadis-gadis perawan, penuh cinta lagi sebaya umurnya.” (Al-Waqi'ah: 35-37).

Ucapan Nabi SAW itu memberi maksud bahawa setiap manusia yang memasuki syurga berada pada peringkat usia mudanya sebaya, dalam keadaan kemuncak kesihatan dan keupayaan diri.

❀ Ðilarang gurauan yang menzalimi

Berlainan daripada teladan gurau senda Nabi SAW, seperti yang diriwayatkan dalam kitab Majma’ al-Zawa’id daripada ‘Amir bin Rabi’ah bahawa pernah terjadi seorang sahabat mengambil kasut milik seseorang lalu menyembunyikannya. Apabila perkara itu dikhabarkan kepada Nabi SAW, Baginda telah bersabda yang bermaksud, “Janganlah menakut-nakutkan seseorang Muslim, kerana perbuatan itu adalah satu kezaliman.”

Apabila dibandingkan antara teknik gurauan Nabi dengan kisah yang terakhir ini, jelaslah pendekatan baginda dalam senda gurau sentiasa berpaksikan kepada kebenaran serta jauh daripada pembohongan. Tindakan sahabat yang menyembunyikan kasut temannya dengan niat untuk bergurau itu boleh mengkibatkan rasa panik dan cemas dalam diri ‘si mangsa’. Inilah yang dilarang.

Yang lebih mengaibkan, sebahagian daripada kita suka membawa cerita lucah atau separuh lucah dalam perkataan semata-mata untuk menimbulkan gelak ketawa orang lain. Rasulullah SAW bersabda bermaksud; “Malu adalah cabang daripada iman.”

Ðalam sabda lain, Rasulullah SAW menyatakan; “Malu dan iman seganding. Apabila terangkat salah satu daripadanya maka terangkatlah kedua-duanya.” Ðapat difahami daripada hadis ini, jika seseorang itu hilang perasaan malu daripada dirinya maka hilang jugalah imannya.

Memperbanyak dan menyibukkan diri dengan gurauan boleh membuatkan diri menjadi lalai dari ketaatan dan memikirkan keadaan umat serta kesusahan-kesusahan yang menimpanya. Ketahuilah, bahwasanya Rasulullah sebagaimana disebutkan Jabir r.a., adalah “figura yang banyak diam dan sedikit tertawa.”

Renung-renungkanlah....

Sumber : Ustaz Zahazan Mohamed di Solusi Isu # 19 dengan sedikit tambahan.


Credit to: SIM (Sahabat Interaktif Malaysia)

Thursday, December 15, 2011

KENALI MEREKA: USTAZ DON


BUAT mereka yang pernah menonton rancangan 30 MINIT BERSAMA USTAZ DON di SIARAN TV AL-HIJRAH terutama mereka yang berasal dari utara pasti akan menyukai penyampaian jejaka ini. Loghat utaranya kekadang menimbulkan kelucuan. Tapi mungkin beliau masih agak asing jika ingin dibandingkan dengan Ustaz Kazim atau Akhil Hayy.Namun usianya yang masih muda, pasti ia akan menjadi penceramah tersohor sebaris dengan penceramah lain.

Kita usha sikit latar belakang beliau....Jommm!!!

Biodata Ustaz Don

Nama: Don Daniyal Don Biyajid
Umur: 27 tahun
Tarikh lahir: 14 November 1984
Tempat lahir: Bukit Mertajam, Pulau Pinang
Tinggi: 171 sentimeter
Berat: 56 kilogram
Pekerjaan: Pensyarah muda & pendakwah bebas bertauliah Pulau Pinang & Selangor)
Status: Bujang

Wednesday, November 16, 2011

KEM REMAJA GEMILANG

OBJEKTIF
Apakah yang akan diperolehi oleh anak-anak yang menyertai program ini?
- Peserta akan memahami tentang asas akidah Islam serta hal-hal yang merosakkan akidah
- Peserta akan memahami tatacara solat dengan dalil-dalil dari hadis yang soheh, bahaya meninggalkan solat, serta tatacara solat ketika sakit, musafir dan sebagainya.
- Peserta akan memahami zikir dan doa harian yang diamalkan Rasulullah SAW, adab-adab sehariannya.
- Memahami akhlak Islamiah khususnya akhlak dengan ibu bapa
- Peserta mampu mensolatkan jenazah, mengkafaninya, serta memandikan jenazah
Apa kelebihan program ini?
- Lebih 80% aktiviti di dalam kumpulan, dan hanya sekitar 15-20% sahaja kuliah
- Nota-nota disokong dengan hadis-hadis yang sahih dengan rujukan kitab-kitab yang muktabar
- Peserta turut akan dilatih bergerak secara berkumpulan, melakukan `presentation' sekaligus melatih teknik komunikasi mereka.
- Rekod kemajuan peserta akan diberikan pada majlis penutup. Sesi perjumpaan ibu bapa dan fasilitator yang jarang-jarang ditemui di dalam program-program motivasi yang lain
TEMA
"AKHLAQ DISEMAI PERIBADI TERPUJI"
TARIKH
26-28 November 2011
TEMPAT
Masjid al-Hasanah, Bandar Baru Bangi.
Yuran RM 110
Peserta: Remaja berumur 13-18 tahun.
Tarikh tutup penyertaan/pembayaran yuran: 21 November 2011
Pembayaran.
Bank Islam-Yusuf Yahya
12029020237716
atau
Nurul `Izzah Zaidi-Maybank
162740097450
Tentatif Program:
KEM REMAJA GEMILANG 2011
"AGAMA TERBILANG, AKADEMIK GEMILANG"
TARIKH
26/11/2011-28/11/2011
(Sabtu-Isnin)
TEMPAT
Masjid Al Hasanah, Bandar Baru Bangi
ANJURAN
INTIS Consultant and Training
Penyertaan:
Remaja Lelaki dan Perempuan: 13-18 tahun
Yuran: RM 110
Pendaftaran hubungi:
Mohd Masri- 013-2506391
Mohd Hariz 012-3412517
Pembayaran. Bank Islam
Yusuf Yahya
12029020237716
Tarikh Tutup Pendaftaran:
Isnin 21 November 2011
Tentatif Program:
26 November 2011 Sabtu
08.30 am : Pendaftaran Peserta
09.30 am : Taklimat program kepada peserta
10.00 am : Ice breaking- sesi perkenalan dengan ahli kumpulan
10.45 am : LDK 1- Asas Akidah Islam
12.00 pm : Rehat/Makan tengahari/Persiapan diri
01.00 pm : Solat Zuhur Berjemaah
02.00 pm : LDK 2- Sunnah-Sunnah Harian
03.00 pm : Rehat
03.15 pm : LDK 3- Persediaan `Presentation' Sunnah-Sunnah Harian
04.15 pm : Rehat/Solat Asar/Minum Petang
05.00 pm : Riadah
06.00 pm : Persiapan diri
06.40 pm : Makan Malam
07.15 pm : Solat Maghrib
07.45 pm : Kuliah Maghrib- Anak Soleh?
08.45 pm : Solat Isya
09.00 pm : LDK 4- Kesempurnaan bersuci
10.30 pm : Minum malam
11.00 pm : Zikir sebelum tidur dan tidur
27 November 2011 Ahad
04.45 am : Bangun dan persiap diri
05.00 am : Qiamullail
06.00 am : Solat Subuh
06.40 am : Halaqah al-Quran
07.30 am : Riadah
08.00 am : Hemat diri
08.30 am : Sarapan pagi
09.00 am : LDK 5- Kesempurnaan solat
10.00 am : Rehat
10.15 am : Sambungan LDK 5
12.30 am : Rehat dan Makan tengahari
01.00 pm : Solat Zohor
02.00 pm : LDK 6- Pengurusan Jenazah
03.00 pm : Rehat
03.15 pm : Sambungan LDK 6- Pengurusan Jenazah
04.30pm : Minum petang dan solat Asar
05.00 pm : Riadah
06.30 pm : Persiap diri dan makan malam
07.15 pm : Solat Maghrib
07. 30 pm : Halaqah al-Quran
08.30 pm : Solat Isya'
09.00 pm : `Presentation' Sunnah-Sunnah Harian
11.00 pm : Minum malam
11.30 pm : Tidur
28 November 2011 Isnin
04. 45 am : Bangun tidur dan persiapan diri
05.00 am : Qiamullail
06.00 am : Solat Subuh
06.30 am : Halaqah al-Quran
07.30am : Riadah
08.00 am : Khidmat diri dan Sarapan pagi
08.30 am : Motivasi Cemerlang Akademik
09.45 am : Rehat dan `Revision'
10.15 am : Ujian Penilaian
11.30 am : Rehat
12.15 pm : Majlis Penutup
01.00 pm : Solat Zohor
01.30 pm : Bersurai

SEMINAR `The Making Of Future Solehah Spouse II'

SEMINAR `The Making Of Future Solehah Spouse II'

DEWAN KOLEJ ISLAM ANTARABANGSA (IIC)
20 NOVEMBER 2011 / AHAD
 
PANELIS :
Slot 1 : Cinta berbisik, hati terusik
Pn. Rosmawati Zainal (Ummi Ros)
Pengarah Urusan Raudhatus Sakinah

Slot 2 : Menggapai Sakinah Dalam Perkahwinan
Fatimah Syarha Bt. Hj. Mohd Noordin
(BA (hons) UIA, MA. UIA)
* Novelis Tautan Hati, Seindah Mawar Berduri,
Pemilik Cintaku dan Syabab Musafir Kasih

Slot 3 : Nurturing the Best Caliphs
Mustafa Omar Mohammed
Assistant Professor, Department of Economics
Kuliyyah of Economics and Management Sciences
International Islamic University Malaysia

Sasaran : MUSLIMAH SAHAJA.
Yuran : Pelajar IPT: Rm15 / Orang Luar: RM30
Hubungi : Nur Hafizah – 013-222 9586 / Nik Nurul Akmal – 013-321 8109
Tarikh tutup penyertaan: 17 November 2011

Wednesday, November 2, 2011

10 Laluan Yg bakal dilalui oleh Manusia Dari Dunia sampai Akhirat

LALUAN MENUJU KE KUBUR
Jauhkan dari perbuatan mengumpat & mengeji
*Hindarkan perasaan irihati ( benci )
*Jangan terpengaruh dengan harta dunia
*Sucikan qadha' hajat dgn istibra ( berdehem selepas buang air kecil )

LALUAN UTK BERJUMPA IZRAIL
*Bersihkan diri dgn bertaubat
*gembirakan hati orang mukmin
*Bayar semula kadha ( Solat & puasa ) yang tertinggal.
*Kasih sepenuh hati pada Allah Ta'ala

LALUAN UTK BERJUMPA MUNGKAR NANGKIR
* Mengucap dua kalimah syahadah
* suka memberi Sedekah
* Berkata Benar
* Bersihkan dan perbaiki diri

LALUAN UTK MEMBERATKAN PERTIMBANGAN
* Belajar atau mengajar ilmu yang bermanfaat
* Sucikan perkataan dan pakaian
* Bersyukur dgn yang sedikit
* Suka dan redha dgn yang didatangkan oleh Allah

LALUAN MEMANTAPKAN AMALAN
* Jauhkan perkataan sia-sia
*Pendekkan cita-cita dunia
* Banyakkan puji pujian kepada Allah
* Banyakkan sedekah dan khairat

LALUAN MELALUI TITIAN SIRAT AL MUSTAKIM
* Kasihanilah aulia Allah Ta'ala
* Berbaktilah pada ibu bapa
* Berpegang teguh pada hukum syarak
* Bercakap perkataan yang baik sesama manusia

LALUAN MENJAUHKAN DIRI DARI NERAKA
* Banyakkan membaca al-quran
* Banyakkan menangis kerana dosa dosa lalu
* tinggalkan perkara yang maksiat
* Jauhkan segala yang haram

LALUAN UTK MEMASUKI SYURGA
* membuat kebajikan seberapa yang boleh
* Kasihi orang yang soleh
* kerjakan segala suruhan allah
* Merendahkan diri di antara sesama makhluk

LALUAN BERJUMPA DENGAN NABI MUHAMMAD
* kasihilah nabi Allah Taala

* kasihilah Rasullullah
* tuntutilah yang difardukan oleh Allah Taala
* banyak selawat Nabi SAW

LALUAN UTK BERTEMU ALLAH
*Serahkan seluruh jiwa raga kepada Allah Taala
* Hindarkan diri dari menderhaka kepada Allah Taala
* betulkan dan baikkan i'tikad kepada Allah Taala

* Bencikan segala yang diharamkan Nya."

SEMINAR `The Making Of Future Solehah Spouse II'

SEMINAR `The Making Of Future Solehah Spouse II'
DEWAN KOLEJ ISLAM ANTARABANGSA (IIC)
20 NOVEMBER 2011 / AHAD

PANELIS :
Slot 1 : Cinta berbisik, hati terusik
Pn. Rosmawati Zainal (Ummi Ros)
Pengarah Urusan Raudhatus Sakinah

Slot 2 : Menggapai Sakinah Dalam Perkahwinan
Fatimah Syarha Bt. Hj. Mohd Noordin
(BA (hons) UIA, MA. UIA)
* Novelis Tautan Hati, Seindah Mawar Berduri,
Pemilik Cintaku dan Syabab Musafir Kasih

Slot 3 : Nurturing the Best Caliphs
Mustafa Omar Mohammed
Assistant Professor, Department of Economics
Kuliyyah of Economics and Management Sciences
International Islamic University Malaysia

Sasaran : MUSLIMAH SAHAJA.
Yuran : Pelajar IPT: Rm15 / Orang Luar: RM30
Hubungi : Nur Hafizah – 013-222 9586 / Nik Nurul Akmal – 013-321 8109
Tarikh tutup penyertaan: 17 November 2011

Monday, September 5, 2011

PANDUAN RINGKAS IKTIKAF

Definisi I'tikaf:
Dari segi bahasa: I'tikaf bermakna :berdiam di suatu tempat untuk melakukan sesuatu pekerjaan ; yang baik mahupun yang buruk dan tetap dalam keadaan demikian.
Dari segi istilah: I'tikaf bermaksud duduk di masjid dalam rangka ibadah yang dilakukan oleh orang yang tertentu, dengan sifat atau cara yang tertentu dan pada waktu yang tertentu (Lihat Fathul Bari 4 : 344)

Dalil-Dalil Pensyariatan I'tikaf:

Dalil al-Quran:
وَلاَ تُـبَاشِرُو�'هُن�`َ وَأَن�'ـتُم�' عَاكِفُونَ فِي ال�'مَسَاجِدِ البقرة : 187
"Dan janganlah kamu campuri mereka itu, sedang kamu beri`tikaf dalam mesjid"(Al Baqarah : 187)

Dalil-dalil As-Sunnah:

Dari Abu Hurairah radiallahu `anhu, beliau berkata:
كَانَ الن�`َبِى�`ُ � صلى الله عليه وسلم � يَع�'تَكِفُ فِى كُل�`ِ رَمَضَانَ عَش�'رَةَ أَي�`َامٍ ، فَلَم�`َا كَانَ ال�'عَامُ ال�`َذِى قُبِضَ فِيهِ اع�'تَكَفَ عِش�'رِينَ يَو�'مًا
"Nabi sallallahu `alaihi wa sallam biasa beri'tikaf pada bulan Ramadhan selama sepuluh hari. Namun pada tahun wafatnya, Baginda beri'tikaf selama dua puluh hari".[HR. al-Bukhari no. 2044 ]

`Aisyah radiallahu `anha berkata:
أَن�`َ الن�`َبِى�`َ � صلى الله عليه وسلم � كَانَ يَع�'تَكِفُ ال�'عَش�'رَ الأَوَاخِرَ مِن�' رَمَضَانَ حَت�`َى تَوَف�`َاهُ الل�`َهُ ، ثُم�`َ اع�'تَكَفَ أَز�'وَاجُهُ مِن�' بَع�'دِهِ
"Nabi sallallahu `alaihi wa sallam beri'tikaf pada sepuluh hari yang akhir dari Ramadhan sehingga Allah mengambil nyawanya, setelah kewafatan baginda isteri-isteri baginda pun beri'tikaf ."[HR. al-Bukhari no. 2026 dan Muslim no. 1172]

Hukum I'tikaf

Al-Imam Ibn al-Munzir berkata: Para ulama' telah bersepakat/ijma' bahawa I'tikaf adalah sunat, dan bukan kewajipan kecuali jika seseorang bernazar mewajibkan dirinya untuk melakukan I'tikaf [Al Mughni, 4/456 ]

Al-Imam Ibn Arabi al-Maliki dan Ibn Batthal rahimahumallah menyatakan bahawa I'tikaf merupakan sunnah muakkadah/sunat yang sangat dituntut kerana Rasulullah Sallallahu `Alaihi Wassalam tidak pernah meninggalkannya.

Waktu I'tikaf
I'tikaf boleh dilakukan pada bila-bila masa, dan ia sangat ditekankan pada 10 hari akhir Ramadhan kerana Rasulullah Sallallahu `Alaihi Wassalam sentiasa melakukannya.

Batasan Waktu:
Ulama' bersepakat bahawa I'tikaf tidak mempunyai had masa maksima, akan tetapi mereka berbeza pendapat tentang minimum waktu I'tikaf.
Majoriti ulama' berpendapat bahawa tiada masa minima untuk I'tikaf. I'tikaf sah walau hanya duduk seketika di dalam masjid. Al-Imam An-Nawawi rahimahullah berkata:

"Adapun tentang minima tempoh I'tikaf, pendapat yang benar yang diputuskan oleh jumhur ulama' ialah disyaratkan berada di dalam masjid, dan dibenarkan melakukannya dalam tempoh yang panjang mahupun pendek, hatta walau satu jam mahupun seketika" [al-Majmu', 6/514]
Shaikh Ibn Bazz menyatakan bahawa Imam Ab Hanifah dan sebahagian ulama' Maliki berpendapat tempoh minima ialah satu hari. [Majmu' al-Fatawa 15/441]

Di Manakah Lokasi I'tikaf?
Al-Hafiz Ibnu Hajar rahimahullah berkata, "Para ulama bersepakat bahawa disyaratkan melakukan i'tikaf di masjid."[Fathul Bari, 4/271 ]
Ini berdalilkan ayat berikut ayat 187 surah al-Baqarah: "�.. Sedang kamu beri'tikaf dalam masjid".

Para ulama' berbeza pendapat apakah ia sah dilakukan di semua masjid yang mendirikan solat lima waktu berjemaah, atau hanya untuk masjid jami'/masjid yang dilakukan solat fardhu Jumaat.?

Imam Malik Rahimahullah berpendapat ia sah dilakukan di mana-mana masjid yang didirikan solat fardhu lima waktu secara berjemaah [di dalam istilah di Malaysia, dipanggil surau/musolla]

Al-Imam asy-Syafie Rahimahullah pula mensyaratkan agar ia dilakukan di masjid jami'/masjid yang melakukan solat fardhu Jumaat [Al Mughni, 4/462 ] agar orang tersebut tidak perlu ke tempat lain untuk mendirikan solat Jumaat.

Bilakah bermulanya waktu I'tikaf 10 akhir Ramadhan?

Pendapat pertama: Masuk ke masjid sebelum masuk waktu Maghrib 20 Ramadhan. Ini merupakan pendapat jumhur empat mazhab.

Pendapat kedua: Selepas Solat Subuh 21 Ramadhan. Ini merupakan pendapat Al-ImamAl Auza'ie, Al-Laits dan At-Tsauri, Al Hafiz Ibn Hajar al-Asqalani dan Al-Imam As-Son'ani Rahimahumullah. Mereka berdalilkan hadis berikut:
كَانَ رَسُولُ الل�`َهِ � صلى الله عليه وسلم � يَع�'تَكِفُ فِى كُل�`ِ رَمَضَانَ ، وَإِذَا صَل�`َى ال�'غَدَاةَ دَخَلَ مَكَانَهُ ال�`َذِى اع�'تَكَفَ فِيهِ
"Rasulullah sallallahu `alaihi wasallam biasa beri'tikaf pada bulan Ramadhan. Apabila selesai solat Subuh, baginda masuk ke tempat I'tikaf baginda. [HR. al-Bukhari no. 2041 ].

Untuk lebih berhati-hati dicadangkan agar mengambil pendapat pertama agar tidak terlepas malam Lailatulqadar seandainya ia berlaku pada malam 21 Ramadhan.
Ulama jua berbeza pendapat pada waktu bilakah kita perlu keluar daripada masjid, pada Maghrib hari terakhir Ramadhan, atau selepas solat Aidilfitri.

Bolehkah wanita melakukan I'tikaf?

Ini berdasarkan dalil berikut: `Aisyah radiallahu `anha berkata,
كَانَ رَسُولُ الل�`َهِ � صلى الله عليه وسلم � يَع�'تَكِفُ فِى كُل�`ِ رَمَضَانَ ، وَإِذَا صَل�`َى ال�'غَدَاةَ دَخَلَ مَكَانَهُ ال�`َذِى اع�'تَكَفَ فِيهِ � قَالَ � فَاس�'تَأ�'ذَنَت�'هُ عَائِشَةُ فَأَذِنَ لَهَا
"Rasulullah shallallahu `alaihi wasallam biasa beri'tikaf pada bulan Ramadhan. Apabila selesaiSolat Subuh, baginda masuk ke tempat I'tikaf baginda. Dia (Yahya bin Sa'id) berkata: Kemudian `Aisyah radiallahu `anha meminta izin untuk beri'tikaf , maka baginda mengizinkannya. " [HR. al-Bukhari no. 2041]

`Aisyah radiallahu `anha berkata:
أَن�`َ الن�`َبِى�`َ � صلى الله عليه وسلم � كَانَ يَع�'تَكِفُ ال�'عَش�'رَ الأَوَاخِرَ مِن�' رَمَضَانَ حَت�`َى تَوَف�`َاهُ الل�`َهُ ، ثُم�`َ اع�'تَكَفَ أَز�'وَاجُهُ مِن�' بَع�'دِهِ
"Nabi sallallahu `alaihi wa sallam beri'tikaf pada sepuluh hari yang akhir dari Ramadhan sehingga Allah mengambil nyawanya, setelah kewafatan baginda isteri-isteri baginda pun beri'tikaf ."[HR. Bukhari no. 2026 dan Muslim no. 1172]

Akan tetapi wanita tersebut hendaklah mendapat keizinan daripada suami, keadaan yang aman daripada fitnah, serta tidak melakukan perkara yang melanggar syara' seperti berwangi-wangian, berhias-hias dan sebagainya.

Perkara-Perkara Yang Membatalkan I'tikaf
1) Keluar masjid tanpa alasan syar'i dan tanpa ada keperluaan yang mendesak.
2) Jima' (bersetubuh) -Ibn al-Munzir telah menukil ijma'/kesepakatan ulama' bahawa yang dimaksudkan dengan mubasyaroh dalam surat Al Baqarah ayat 187 adalah jima' (hubungan intim) [Fathul Bari, 4/272 ].

Adab-adab I'tikaf
Seseorang hendaklah menyibukkan diri dengan melakukan ketaatan seperti berdoa, zikir, berselawat pada Nabi, mempelajari Al-Quran dan mengkaji Al-Hadis. Dimakruhkan menyibukkan diri dengan perkataan dan perbuatan yang tidak bermanfaat. [Shahih Fiqh Sunnah, 2/150-158]

Seseorang hendaklah sentiasa menjaga kebersihan diri ketika beri'tikaf. Dia hendaklah memakai wangi-wangian, berpakai yang elok, mandi, bersikat rambut. Ini terbukti pada kisah `Aisyah menyikatkan rambut Nabi Sallallahu `Alaihi Wassalam ketika baginda sedang beri'tikaf.

Kebersihan masjid juga hendaklah dijaga. Peralatan yang dibawa hendaklah dikemaskan agar tidak mengganggu orang yang solat.

Yang Dibolehkan Ketika I'tikaf
1) Keluar masjid disebabkan ada hajat yang mesti ditunaikan seperti keluar untuk makan, minum, dan hajat lain yang tidak mampu dilakukan di dalam masjid.
2) Melakukan hal-hal harus seperti bercakap-cakap dengan orang lain.
3) Isteri mengunjungi suami yang beri'tikaf dan berdua-duaan dengannya.
4) Mandi dan berwudhu di masjid.
5) Membawa kelengkapan tidur seperti tilam, bantal untuk tidur di masjid.

Faedah-Faedah I'tikaf
1. I'tikaf merupakan wasilah (cara) yang digunakan oleh Nabi Salllahu `Alaihi Wassalam untuk mendapatkan malam Lailatulqadar
2. Orang yang melakukan i'tikaf akan dengan mudah mendirikan solat fardhu berjamaah berterusan bahkan dengan i'tikaf seseorang selalu beruntung atau paling tidak berpeluang besar mendapatkan saf pertama
3. I'tikaf membiasakan jiwa untuk suka berlama-lama tinggal di dalam masjid, dan menjadikan hatinya terpaut pada masjid
4. I'tikaf akan menjaga puasa seseorang daripada perbuatan-perbuatan dosa. Ia juga merupakan sarana untuk menjaga mata dan telinga daripada hal-hal yang diharamkan
5. I'tikaf membiasakan hidup sederhana, zuhud dan tidak tamak terhadap dunia yang sering membuatkan ramai manusia tenggelam dalam kenikmatannya.

Memburu Lailatulqadar
Dalil al-Quran:
إِن�`َا أَن�'زَل�'نَاهُ فِي لَي�'لَةِ ال�'قَد�'رِ (1) وَمَا أَد�'رَاكَ مَا لَي�'لَةُ ال�'قَد�'رِ (2) لَي�'لَةُ ال�'قَد�'رِ خَي�'رٌ مِن�' أَل�'فِ شَه�'رٍ (3
"Sesungguhnya Kami telah menurunkannya (Al Quran) pada lailatul qadar . Dan tahukah kamu apakah malam kemuliaan itu? Malam kemuliaan itu lebih baik daripada seribu bulan." (Al-Qadr: 1-3).

إِن�`َا أَن�'زَل�'نَاهُ فِي لَي�'لَةٍ مُبَارَكَةٍ إِن�`َا كُن�`َا مُن�'ذِرِينَ
"Sesungguhnya Kami menurunkannya pada suatu malam yang diberkati dan sesungguhnya Kamilah yang memberi peringatan." (Ad-Dukhan: 3). Yang dimaksud malam yang diberkati di sini adalah malam lailatul qadr. Inilah pendapat yang dikuatkan oleh Ibnu Jarir At-Thabari rahimahullah [Tafsir At-Thabari, 21/6 ]. Inilah yang menjadi pendapat majoriti ulama di antaranya Ibnu `Abbas radiallahu `anhuma.[Zaadul Masiir, 7/336-337 ]

Hadis-hadis berkaitan Lailatulqadar:
Dari Abu Hurairah Radiallahu `anhu, Nabi Sallallahu 'alaihi wassalam bersabda: " Sesiapa yang menghidupkan malam lailatulqadar dengan penuh keimanan dan mengharap, nescaya diampuni dosa-dosanya yang lalu." [al-Bukhari:1901 dan Muslim: 760]

Aisyah Radiallahu 'anha berkata, Rasulullah Sallallahu 'alaihi wassalam mengasingkan diri (di dalam masjid; beri'tikaf) pada sepuluh (malam) terakhir di dalam Ramadhan. Dan Rasulullah SAW berkata: "Carilah malam al-Qadr pada sepuluh malam terakhir dari Ramadhan." [al-Bukhari:2020 dan Muslim:219].

Aisyah RA berkata lagi, bahawa Rasulullah SAW berkata: "Carilah malam al-Qadr pada (malam-malam) yang ganjil daripada sepuluh malam yang akhir di bulan Ramadhan." [al-Bukhari]

Ibn Umar Radiallahu 'anhu berkata: "Beberapa orang daripada sahabat Nabi saw telah melihat malam al-Qadr di dalam tidur pada tujuh (malam) yang terakhir. Maka berkata Rasulullah SAW: "Aku melihat mimpi kamu bertepatan dengan tujuh (malam) yang terakhir. Sesiapa yang benar-benar mencarinya (malam al-Qadr), maka carilah ia di tujuh (malam) yang terakhir. [al-Bukhari:2015 dan Muslim:1165].

Doa di Malam al-Qadar
Daripada `Aisyah Radiallahu `Anhu:
قلت يا رسول الله أرأيت إن علمت أي ليلة ليلة القدر ما أقول فيها قال قولي
اَلل�`َهُم�`َ إِن�`َكَ عَفُو�`ٌ تُحِب�`ُ اَل�'عَف�'وَ فَاع�'فُ عَن�`ِي
Aku berkata: "Wahai Rasulullah, jika aku berkesempatan bertemu Malam Al-Qadar, apakah yang perlu aku katakan (doa) ?" Bersabda Nabi : disebutlah doa: "Ya Allah sesungguhnya Engkau Maha Pengampun, dan amat suka memberi ampun, maka berikanlah daku keampunan"
[HR at-Tirmizi: 3513, Ibn Majah: 3119, Imam at-Tirmizi rahimahullah menyatakan ia hadis Hasan Sahih.]

Rujukan:
http://islamqa.com/en/cat/469
http://muslim.or.id/ramadhan/panduan-itikaf-ramadhan.html
http://belajarislam.com/panduan-ilmu/702-itikaf

--------------------------------------------

Rakaman Kuliah Berkaitan I'tikaf:

Berkenalan Dengan Hukum I'tikaf
http://www.youtube.com/wat ​ch?v=jLg1OR2CLn8

Bolehkah Wanita Melakukan I'tikaf?
http://www.youtube.com/wat ​ch?v=ylAK-payMeY

Isteri Nabi SAW Ziarah Nabi Ketika I'tikaf
http://www.youtube.com/wat ​ch?v=FHjD0e97USE

Tuesday, August 9, 2011

KOLEKSI SOAL JAWAB SEKITAR IBADAH PUASA

Soal jawab di bawah adalah di koleksi dari beberapa laman web saperti http://www.islam.gov.my/soal/puasa.html#17 semoga memberi manfaat kepada sahabat group sekalian.

Soalan 1: Apakah kita dibolehkan memberus gigi selepas waktu subuh ketika berpuasa?
Jawapan:
Sengaja bersugi atau memberus gigi dalam berpuasa dengan benda basah atau kering tidaklah membatalkan puasa. Tiada ada perselisihan para ulama dalam masalah ini. Namun menurut Imam Syafei memakruhkan memberus gigi setelah tergelincir matahari dengan tujuan untuk menghilangkan bau mulut.

Soalan 2:
Bagaimana pula jika kita sudah terbiasa memasukkan air ke dalam hidung ketika berwudhuk? Begitu juga, ketika mandi wajib selepas masuk waktu subuh kerana berjimak di malam sebelumnya, kita dikehendakki meratakan air ke seluruh kulit. Bagaimana kita hendak meratakan air ke dalam cuping telinga? Dikhuatiri air akan termasuk ke dalam telinga.?
Jawapan:
Memasukkan air ke dalam hidung ketika berwuduk pada bulan Ramadhan tidaklah membatalkan puasa, kerana memasukkan air disini bukanlah menyedutnya hingga ke dalam tetapi cukup saja dengan membersihkan rongga hidung tersebut. Begitu juga dengan membasuh telinga, cukup membasuh diluarnya saja tidaklah sampai memasukkan air ke dalam rongga telinga bagi menghilangkan dahaga.

Soalan 3:
Suami isteri berjimak semasa waktu azan subuh dibulan puasa dan kemudian mandi wajib bolehkah mereka berpuasa, sedang apa yang saya tahu masa waktu imsak kita dikehendaki berhenti makan dan membuat perkara membatalkan puasa juga selepas azan subuh maksudnya puasa itu bermula?
Jawapan:
Apabila seseorang menyangka bahawa fajar akan terbit lambat lagi, lalu bersetubuh. Kemudian dalam bersetubuh itu fajar pun keluar atau terdengar suara azan, maka wajiblah ia menghentikan persetubuhan itu dengan segera (serta merta) tidak boleh diteruskan lagi. Jika ia meneruskannya bererti ia telah merosakkan puasanya dengan bersetubuh yang disengajakan. Demikian pulalah dengan orang yang minum dan makan pada waktu itu.
Jika persetubuhan itu diteruskan walaupun telah terdengar suara azan, maka hendaklah membayar kaffarah. Pertama memerdekakan hamba, jika tidak ada atau tidak mampu, dengan berpuasa dua bulan berturut-turut, jika tidak sanggup iaitu dengan memberi makan 60 orang miskin.

Soalan 4:
Apakah hukumnya sekiranya apabila di dalam bulan ramadhan, seseorang itu tidur di malam hari dan apabila terjaga di waktu pagi (dah terbit matahari) dan dah mula berpuasa, di dapati air mani terkeluar dari kemaluannya Bolehkah dia meneruskan puasanya dan sahkah puasanya itu?
Jawapan:
Jika kita bermimpi di malam bulan Ramadhan, dan baru tersedar ketika bangun pagi, maka segeralah mandi wajib, kemudian teruskanlah berpuasa. Sebab berjimak ataupun bermimpi pada malam hari bulan Ramadhan tidak membatalkan puasa. Bahkan setengah ulama berpendapat bermimpi pada siang Ramadhan pun tidak membatalkan puasa namun ia harus segera mandi wajib.

Soalan 5:
Saya telah diserang penyakit gatal-gatal di badan. Apabila ke kelinik untuk mendapatkan rawatan, doktor telah mengenakan suntikan kepada saya. Apakah puasa saya dikira batal kerana suntikan itu?
Jawapan:
Sebahagian ulama mengatakan bahawa memasukkan ubat dengan suntikan ketika siang bulan Ramadhan tidak membatalkan puasa. Diantara yang menyokong pendapat ini iaitu Ibn Hazm . Namun setengah ulama yang lain membatalkannya.
Bagi kami hal ini melihat keadaan, jika suntikan itu terpaksa dilakukan maka ia termasuk dalam darurah dan tidak membatalkan puasa.

Soalan 6:
Adakah puasa difardhukan ke atas umat yang dahulu. Kalau difardhukan ke atas mereka, pada bulan apakah diwajibkan berpuasa?
Jawapan:
Puasa telah difardhukan ke atas umat dahulu dalam bulan Ramadhan sebagaimana difardhukan ke atas umat Nabi Muhammad s.a.w.

Soalan 7:
Bagaimana hendak diketahui awal Ramadhan?
Jawapan:
Diketahui Ramadhan dengan cukup Syaaban 30 hari atau dengan nampak anak bulan Ramadhan pada malam 30 syaaban atau dengan perisytiharan pihak Kerajaan.

Soalan 8:
Bilakah yang dikatakan Hari Syak ?
Jawapan:
Hari Syak ialah hari 30 syaaban dengan syarat:
1. Pada malam 30 Syaaban itu cuaca terang:
2. Orang fasik mengatakan dia nampak anak bulan.

Soalan 9:
Adakah harus berpuasa di Hari Syak ?
Jawapan:
Mengikut pendapat yang kuat tidak harus berpuasa di hari tersebut kecuali puasa qada’ dan nazar. Bagi mereka yang sentiasa berpuasa pada hari Isnin dan Khamis maka harus baginya berpuasa.



Soalan 10:
Bagaimana hendak diketahui awal Syawal?
Jawapan:
Untuk mengetahui awal Syawal sama seperti awal Ramadhan (sila rujuk soalan 7 di atas).

Soalan 11:
Bolehkah kita berpuasa dan berhari raya mengikut negeri Mekah dan negeri yang berdekatan, kerana mereka nampak anak bulan?
Jawapan:
Tidak harus ikut berpuasa kecuali negeri-negeri itu berada dalam satu matla’

Soalan 12:
Saya berpuasa di Mekah lebih awal satu hari dari mereka berpuasa di Malaysia . Apabila saya balik, puasa saya sudah cukup 30 hari dan orang Malaysia masih berpuasa lagi. Adakah boleh saya berbuka dan berhari raya?
Jawapan:
Mengikut khaul yang lebih betul tidak boleh berbuka dan berhari raya, hendaklah tunggu bersama berbuka dan berhari raya dengan penduduk Malaysia.

Soalan 13:
Kalau kita ke tempat yang lebih awal berpuasa mereka berhari raya kita belum cukup lagi puasa. Adakah boleh berbuka?
Jawapan:
Wajib berbuka puasa dan berhari raya mengikut negeri berkenaan. Bagi mereka yang tidak cukup puasanya sebanyak 29 hari maka wajib mengqada’kannya.

Soalan 14:
Bagaimana cara sembahyang dan berpuasa bagi negeri yang tidak ada siang dan malam?
Jawapan:
Mereka hendaklah berpuasa dan bersembahyang mengikut negeri yang berhampiran dengannya, yang mempunyai lima waktu sembahyang ataupun mengikut waktu Mekah.

Soalan 15:
Apakah hukum orang tua yang tidak boleh berpuasa kerana tua atau orang tidak terdaya berpuasa kerana sakit berpanjangan?
Jawapan:
Boleh berbuka puasa dan hendaklah memberi fidyah secupak beras (675 gram); bagi setiap hari yang ditinggalkan dan tidak dikena qada’ ke atasnya.

Soalan 16:
Adakah boleh berbuka puasa bagi mereka yang lapar dan dahaga kerana bekerja dan digantikan dengan beras sebagaimana dibenarkan kepada orang tua?
Jawapan:
Tidak harus berbuka puasa bagi mereka yang lapar dan dahaga kerana bekerja.

Soalan 17:
Bagaimanakah lafaz niat puasa, adakah wajib berniat dengan fardhu Ramadhan atau puasa Ramadhan sahaja?
Jawapan:
Sebaik-baik niat dengan mengingat “Aku berpuasa esok hari kerana menunaikan fardhu Ramadhan”. Walaubagaimanapun sah dengan niat, aku puasa Ramadhan sahaja.
* Mengikut mazhab Maliki boleh berniat pada malam pertama dengan berniat sebulan bulan Ramadhan, dan harus bagi orang-orang yang bermazhab Syafie bertaqlid kepada mazhab Maliki berniat pada malam pertama sebulan Ramadhan. Bagi puasa sunat harus berniat pada siang hari sebelum tergelincir matahari.

Soalan 18:
Pada malam Hari Syak seseorang berniat puasa “sekiranya esok 1 Ramadhan aku berpuasa. Adakah sah puasa tersebut, sekiranya esok jatuh 1 Ramadhan”?
Jawapan:
Tidak sah puasa kerana di antara syarat sah puasa ialah dengan niat yakin dan tepat.

Soalan 19:
Adakah sah puasa seorang yang dalam haid dan nifas berniat puasa Ramadhan pada malam hari pada kebiasaannya haid dan nifasnya suci sebelum Subuh pada hari tersebut?
Jawapan:
Sah niatnya sekiranya suci/nifasnya sebelum fajar.

Soalan 20:
Adakah sah puasa seseorang yang syak niatnya di waktu malam?
Jawapan:
Tidak sah kecuali dia teringat yang dia berniat puasa pada malam tersebut, sebelum maghrib.

Soalan 21:
Adakah sah seorang yang syak niat puasanya pada hari tersebut selepas berbuka?
Jawapan:
Sah puasa tersebut.

Soalan 22:
Seseorang yang berniat puasa pada malam hari kemudian dia membatalkan niatnya sebelum fajar. Adakah sah puasanya pada hari esok?
Jawapan:
Tidak sah.

Soalan 23:
Adakah sah puasa seseorang yang berbuka dengan tidak yakin/berat sangka sudah masuk waktu?
Jawapan:
Tidak sah.

Soalan 24:
Adakah sah puasa bagi orang yang tidak mandi hadas besar?
Jawapan:
Sah puasa.

Soalan 25:
Adakah batal puasa bagi orang yang berpuasa memasukkan ubat ke dalam matanya?
Jawapan:
Sah puasanya kerana mata itu bukan anggota rongga walaupun terasa di tekak.

Soalan 26:
Adakah batal puasa seseorang yang berpuasa menyuntik dengan ubat yang mengenyangkan?
Jawapan:
Batal puasa.

Soalan 27:
Adakah batal puasa apabila termasuk air ke dalam rongga ketika berkumur-kumur di masa wuduk?
Jawapan:
Tidak batal puasa kecuali melampaui batas ataupun melebihi tiga kali (kali ke empat).

Soalan 28:
Orang yang berpuasa merasai tersangat dahaga kemudian memasukkan air batu ke dalam mulutnya untuk mengurangkan dahaga lalu tertelan. Adakah batal puasanya?
Jawapan:
Tidak batal puasa.

Soalan 29:
Adakah batal puasa bagi orang gila sekejap?
Jawapan:
Batal puasa.

Soalan 30:
Adakah sah puasa bagi orang yang pitam?
Jawapan:
Sah puasa kecuali pitam yang sepanjang hari iaitu terbit fajar hingga terbenam matahari.

Soalan 31:
Adakah sah puasa bagi mereka yang tertidur semasa sahur sehingga waktu maghrib?
Jawapan:
Sah puasa.

Soalan 32:
Adakah wajib kifarat bagi orang bermukim bersetubuh selepas membatalkan puasa atau orang musafir berbuka puasa dengan bersetubuh?
Jawapan:
Tidak wajib membayar kifarat bagi orang bersetubuh begitu juga bagi orang musafir yang berbuka puasa dengan bersetubuh.

Soalan 33:
Apakah kifarat bersetubuh dengan sengaja pada bulan puasa?
Jawapan:
Kifarat bersetubuh hendaklah memerdekakan seorang hamba Islam yang sempurna dari kecacatan, kalau tidak berkuasa hendaklah berpuasa 2 bulan berturut-turut, jika tidak berkuasa hendaklah beri makan kepada 60 orang miskin setiap seorang secupak. Cara membayar kifarat ini hendaklah mengikut tertib seperti di atas.

Soalan 34:
Kalau seseorang membatalkan puasanya dengan bersetubuh kemudian mati sebelum maghrib. Apakah hukumnya?
Jawapan:
Hukumnya adalah berdosa dan tidak dikenakan kifarat ke atasnya dan keluarganya.

Soalan 35:
Kifarat bersetubuh dikenakan kepada siapa (suami atau isteri)?
Jawapan:
Kifarat bersetubuh dikenakan ke atas suami sahaja.

Soalan 36:
Adakah batal puasa seseorang yang terkeluar mani dengan sebab khayalan?
Jawapan:
Sekiranya bila dia berkhayal biasa keluar mani maka batal puasanya, kalau biasanya dia berkhayal tidak keluar mani maka tidak batal puasanya.

Soalan 37:
Adakah boleh diqada’ sembahyang atau diberi fidyah kepada si mati yang tak bersembahyang?
Jawapan:
Yang muktamad tidak boleh diqada’ dan tidak boleh diberi fidyah tetapi Imam Subki dari Ulama’ yang bermazhab dengan Mazhab Syafie mengatakan boleh diqada’ dan mengikut Mazhab Abu Hanifah boleh diberi fidyah sebagaimana fidyah mereka yang meninggalkan puasa, kita boleh bertaalik kepada dua pendapat tadi.

Soalan 38:
Adakah wajib berimsak dari perkara-perkara yang membatalkan puasa, beberapa minit sebelum subuh?
Jawapan:
Tidak wajib berimsak tetapi adalah sunat menjauhi dari makan/minum dan lainnya sekadar baca surah Mursolat sebelum Subuh lebih kurang dalam enam minit.

Soalan 39:
Orang yang tidak berpuasa kerana tidak berniat malam dan orang yang membatalkan puasanya, adakah boleh makan/minum dan lainnya?
Jawapan:
Wajib mereka berimsak iaitu menahan diri dari makan minum dan perbuatan yang membatal puasa, walaupun mereka tidak berpuasa.

Soalan 40:
Apakah hukum yang dikenakan kerana berzina atau wathisubhah pada bulan puasa?
Jawapan:
Hukumnya batal puasa dan dikenakan kifarat ke atas kedua-duanya sekali (lelaki dan perempuan).

Soalan 41:
Seorang perempuan putus haid di siang hari adakah wajib dia berimsak?
Jawapan:
Sunat berimsak.

Soalan 42:
Sekiranya seseorang yang membatalkan puasa nazar/qada’ adakah wajib dia berimsak?
Jawapan:
Tidak wajib berimsak.

Soalan 43:
Adakah wajib imsak bagi orang musafir yang berbuka puasa apabila sampai ke tempat tinggalnya (bermastautin / bermukim)?
Jawapan:
Mengikut khaul yang lebih betul tidak wajib berimsak.

Soalan 44:
Adakah perempuan yang haid wajib berimsak?
Jawapan:
Perempuan yang haid haram berimsak sebagaimana dia haram bersembahyang.

Soalan 45:
Kanak-kanak yang tidak berpuasa dan baligh di siang hari, adakah wajib berimsak dan qada’ puasanya?
Jawapan:
Tidak wajib berimsak dan tidak wajib qada’.

Soalan 46:
Seseorang yang keluar dari kampungnya setelah fajar kerana musafir, adakah harus bagi mereka berbuka puasa?
Jawapan:
Tidak harus berbuka bahkan wajib disempurnakan puasanya.

Soalan 47:
Adakah sunat berniat puasa beserta dengan lafaz?
Jawapan:
Sunat.

Soalan 48:
Seseorang yang telah menyediakan makanan untuk makan sahur, kemudian dia terjaga selepas fajar, adakah sah puasanya pada hari itu?
Jawapan:
Sah puasa dengan penyediaan sahurnya kerana penyediaan sahur itu dianggap sebagai telah berniat.

Soalan 49:
Adakah sah puasa orang yang berbuka dengan syak masuk waktu maghrib?
Jawapan:
Tidak sah puasanya.

Soalan 50:
Adakah sah puasa orang yang bersahur yang berat sangkanya, masuk waktu Subuh?
Jawapan:
Sah puasanya selagi dia tidak yakin masuk waktu Subuh dan sekiranya yakin, tidak sah puasanya dan diwajibkan qada’.

Soalan 51:
Adakah sah puasa seseorang yang biasanya apabila melihat bangkai dia muntah, tetapi sengaja dilihatnya?
Jawapan:
Tidak sah puasanya tetapi sekiranya tidak sengaja maka tidak batal puasanya.

KELEBIHAN RAMADHAN

Bulan Ramadhan merupakan bulan yang mempunyai banyak kelebihan. Kedatangannya selepas dua bulan yang juga tidak kurang keistimewaannya iaitu Rejab dan Sya'ban. Bagi tujuan menyuburkan rasa tanggungjawab dan rasa ingin menambahkan ibadat kepada Allah sepanjang Ramadhan ini, di sini dibawa beberapa hadis yang menceritakan mengenai kelebihannya.

1. Abu Hurairah menyatakan : Telah bersabda Rasulullah S.A.W yang bermaksud : Apabila telah tibanya Ramadhan, dibuka pintu-pintu syurga dan ditutup segala pintu neraka dan diikat segala syaitan. -Hadis dikeluarkan oleh imam Bukhari, Muslim, Nasai'e, Ahmad dan Baihaqi-

2. Daripada Abu Hurairah daripada Rasulullah S.A.W telah bersabda yang bermaksud :Sesiapa yang berpuasa Ramadhan dengan penuh keimanan dan keikhlasan nescaya akan diampuninya segala dosanya yang telah lalu. - Diriwayat oleh imam Nasai'e, Ibn majah, Ibn Habban dan Baihaqi-

3. Abu Hurairah telah berkata : Aku telah mendengar Rasulullah S.A.W bersabda tentang Ramadhan yang bermaksud : Sesiapa yang mendirikannya(Ramadhan) penuh keimanan dan keikhlasan diampunkan baginya apa dosanya yang telah lalu. - Hadis riwayat Bukhari, Muslim, Tarmizi, Abu Daud, Nasai'e,Malik,Ahmad dan Baihaqi-

4. Daripada Abu Hurairah telah berkata: Rasullah S.A.W telah bersabda yang bermaksud : Sembahyang yang difardhukan kepada sembahyang yang sebelumnya merupakan penebus apa antara keduanya, dan Jumaat kepada Jumaat yang sebelumnya merupakan penebus apa antara keduanya, dan bulan kepada bulan(iaitu Ramadhan) merupakan kaffarah apa antara keduanya melainkan tiga golongan : Syirik kepada Allah, meninggalkan sunnah dan perjanjian (dilanggar). Telah berkata Abu Hurairah : Maka aku tahu perkara itu akan berlaku, maka aku bertanya: Wahai Rasulullah! adapun syirik dengan Allah telah kami tahu, maka apakah perjanjian dan meninggalkan sunnah? Baginda S.A.W bersabda : Adapun perjanjian maka engkau membuat perjanjian dengan seorang lain dengan sumpah kemudian engkau melanggarinya maka engkau membunuhnya dengan pedang engkau, manakala meninggal sunnah maka keluar daripada jamaah(Islam).-Hadis riwayat Ahmad, Al-Hakim, dan Baihaqi-

5. Daripada Abi Soleh Az-zayyat bahawa dia telah mendengar Abu Hurairah berkata: Rassullah S.A.W telah bersabda yang bermaksud : Setiap amalan anak Adam baginya melainklan puasa maka ia untukKu dan Aku akan membalasnya. Dan puasa adalah perisai, maka apabila seseorang berada pada hari puasa maka dia dilarang menghampiri(bercumbu) pada hari itu dan tidak meninggikan suara.Sekiranya dia dihina atau diserang maka dia berkata : Sesungguhnya aku berpuasa demi Tuhan yang mana diri nabi Muhammad ditanganNya maka perubahan bau mulut orang berpuasa lebih harum di sisi Allah pada hari qiamat daripada bau kasturi, dan bagi orang berpuasa dua kegembiraan yang mana dia bergembira dengan keduanya apabila berbuka dia bergembira dengan waktu berbukanya dan apabila bertemu Tuhannya dia gembira dengan puasanya. -Hadis riwayat imam Bukhari, Muslim, Nasai'e, Ahmad, Ibn Khuzaimah, Ibn Habban dan Baihaqi-

PENERANGAN HADIS

1. Semua hadis menceritakan betapa besarnya kelebihan bulan Ramadhan untuk kita sama-sama menghidupkannya dengan segala amalan sunnah.

2. Pintu syurga dibuka sepanjang Ramadhan, manakala pintu neraka pula ditutup. Ini menggambarkan bagaimana Allah begitu mengasihani hambaNya yang taat beribadat dan menurut segala perintahNya.

3. Syaitan diikat sepanjang bulan Ramadhan agar kita dapat menunaikan segala ibadat dengan penuh keikhlasan. Tetapi kita perlu ingat bahawa kawan syaitan yang berada pada diri kita iaitu nafsu akan menggantikan tugas syaitan jika kita lalai.

4. Pentingnya keikhlasan dan keimanan kita dalam menunaikan ibadat.

5. Puasa mampu menjadi perisai diri daripada terjebak ke lembah maksiat, begitu juga ia mampu menghapuskan segala dosa-dosa yang lepas jika kita benar-benar bertaubat.

6. Kita mesti menghidupkan sunnah yang mana yang paling besar ialah berada dalam jemaah Islam terutama di dalam mengembalikan semula khilafah Islamiah yang telah lama dihancurkan iaitu pada 1924.

7. Jauhkan daripada syirik pada Allah sama ada berbentuk perbuatan, niat ataupun percakapan. Kita mesti mematuhi segala perjanjian yang dibuat selagi tidak melanggar hukum syarak.

8. Kita mesti berpuasa pada semua anggota bukannya pada makan dan minum sahaja.

9. Bau mulut orang berpuasa lebih harum daripada bauan kasturi.

10. Orang berpuasa akan mengecapi dua kegembiraan iaitu ketika berbuka dan apabila bertemu Allah kelak.

11. Di dalam menunaikan ibadat puasa kita mesti banyak bersabar dan jangan suka berbual kosong apatah meninggikan suara apabila bercakap.

Biografi

1. Kitab Fadhailul Awqat oleh imam Al-Baihaqi,ditahqiq oleh Adnan Abdul Rahman MajidAl-Qaisi,Maktabah Al-Mnarah,Makkah.

2. Fathul Bari syarah sohih Bukhari oleh Ibn Hajar Al-'Asqalani

3. Syarah sohih Muslim oleh imam An-Nawawi.

Monday, August 8, 2011

BARAKAH SAHUR

 
 
Di ketika bulan Ramadhan, kita diperintahkan untuk berpuasa di siang hari dan berbuka di malam harinya. Selagi mana waktu masih malam, iaitu selagi belum masuknya Subuh, maka kita dibolehkan untuk makan, minum, dan menggauli isteri yang mana perkara ini diharamkan dilakukan di waktu siangnya. Ini adalah berdasarkan firman Allah Subhanahu wa Ta’ala (maksudnya):

أُحِلَّ لَكُمْ لَيْلَةَ الصِّيَامِ الرَّفَثُ إِلَى نِسَائِكُمْ هُنَّ لِبَاسٌ لَكُمْ وَأَنْتُمْ لِبَاسٌ لَهُنَّ عَلِمَ اللَّهُ أَنَّكُمْ كُنْتُمْ تَخْتَانُونَ أَنْفُسَكُمْ فَتَابَ عَلَيْكُمْ وَعَفَا عَنْكُمْ فَالآنَ بَاشِرُوهُنَّ وَابْتَغُوا مَا كَتَبَ اللَّهُ لَكُمْ وَكُلُوا وَاشْرَبُوا حَتَّى يَتَبَيَّنَ لَكُمُ الْخَيْطُ الأبْيَضُ مِنَ الْخَيْطِ الأسْوَدِ مِنَ الْفَجْرِ

“Dihalalkan bagi kamu pada malam hari bulan Ramadhan untuk bercampur dengan isteri-isteri kamu - mereka adalah pakaian bagimu, dan kamu pula adalah pakaian bagi mereka. Allah mengetahui bahawasanya kamu tidak dapat menahan nafsumu, kerana itu Allah mengampuni kamu dan memberi maaf kepadamu. Maka sekarang campurilah mereka dan ikutilah apa yang telah ditetapkan Allah untukmu, dan makan serta minumlah sehingga jelas bagimu benang putih dari benang hitam, iaitu fajar (masuknya waktu Subuh).” (Surah al-Baqarah, 2: 187)

Adalah menjadi sunnah Rasulullah Shallallahu ‘alaihi wa Sallam di bulan Ramadhan sebelum memulakan puasa beliau bersahur dan melewatkannya di penghujung malam. Sahur adalah makan atau minum di penghujung waktu malam ketika hampir menjelang Subuh bertujuan untuk puasa. Atau lebih tepat lagi adalah akhir sepertiga malam sehingga terbitnya fajar (masuk waktu Subuh).

Sahur Penuh Barakah

Nabi Shallallahu ‘alaihi wa Sallam bersabda:

السَّحُورُ أَكْلُهُ بَرَكَةٌ، فَلَا تَدَعُوهُ، وَلَوْ أَنْ يَجْرَعَ أَحَدُكُمْ جُرْعَةً مِنْ مَاءٍ، فَإِنَّ اللهَ عَزَّ وَجَلَّ وَمَلَائِكَتَهُ يُصَلُّونَ عَلَى الْمُتَسَحِّرِينَ

“Makan ketika sahur itu barakah, maka janganlah kamu meninggalkannya sekalipun hanya dengan seteguk air. Kerana Allah ‘Azza wa Jalla dan para Malaikat-Nya berselawat kepada orang-orang yang bersahur.” (Hadis Riwayat Ahmad, 17/150, no. 11086. Dinilai sahih oleh Syu’aib al-Arnauth)

Di antara bentuk barakah dari sahur adalah mampu memberikan tenaga, menguatkan semangat, dan meringankan beban bagi mereka yang berpuasa. Ini adalah hasil dari makanan dan minuman yang diambil ketika sahur. Kemudian, waktu sahur itu sendiri pula termasuk ke dalam waktu mustajab berdoa, waktu terbaik beribadah, dan waktu diampunkan bagi mereka yang memohon keampunan.

Rasulullah Shallallahu ‘alaihi wa Sallam menjelaskan kepada kita bahawa:

يَنْزِلُ رَبُّنَا تَبَارَكَ وَتَعَالَى كُلَّ لَيْلَةٍ إِلَى السَّمَاءِ الدُّنْيَا حِينَ يَبْقَى ثُلُثُ اللَّيْلِ الْآخِرُ فَيَقُولُ مَنْ يَدْعُونِي فَأَسْتَجِيبَ لَهُ مَنْ يَسْأَلُنِي فَأُعْطِيَهُ مَنْ يَسْتَغْفِرُنِي فَأَغْفِرَ لَهُ

“Allah Tabaraka wa Ta’ala turun ke langit dunia pada setiap akhir sepertiga malam lalu berfirman, “Siapa sahaja yang berdoa kepada-Ku, maka Aku tunaikan untuknya. Sesiapa sahaja yang meminta kepada-Ku, Aku berikan kepadanya. Sesiapa sahaja yang memohon ampun kepada-Ku, Aku ampunkannya.” (Hadis Riwayat al-Bukhari, 23/13, no. 6940)

Berkenaan turunnya Allah ke langit dunia, Ahlus Sunnah wal-Jama’ah menerima sebagaimana zahir hadis tentangnya. Iaitu Allah turun secara hakiki bukan majazi, tanpa diserupakan dengan turunnya makhluk, tanpa diberi perumpamaan, dan tanpa mempersoalkannya bagaimana. Kerana Allah Subhanahu wa Ta’ala itu tidak menyerupai segala sesuatu dan kita tidak mengetahui tentang-Nya melainkan dengan nash-nash yang sahih.

Seterusnya, dalam al-Qur’an pula kita boleh lihat Allah memuji mereka yang memohon keampunan ketika waktu sahur. Ini boleh disemak di Surah Ali ‘Imran, 3: 17 dan adz-Dzaariyaat, 51: 18.

Selain penuh barakah dan dalam rangka mengikuti sunnah, bersahur turut menjadi pembeza di antara puasa umat Islam dengan Ahlul Kitab (Yahudi dan Nashara). Rasulullah Shallallahu ‘alaihi wa Sallam bersabda:

فَصْلُ مَا بَيْنَ صِيَامِنَا وَصِيَامِ أَهْلِ الْكِتَابِ أَكْلَةُ السَّحَرِ

“Pembeza di antara puasa kami dengan puasa Ahlul Kitab adalah makan sahur.” (Hadis Riwayat Muslim, 5/388, no. 1836)

Melewatkan Sahur

Rasulullah Shallallahu ‘alaihi wa Sallam bersabda:

إنا معاشر الأنبياء أمرنا بتعجيل فطرنا وتأخير سحورنا

“Sesungguhnya kami para Nabi diperintahkan untuk menyegerakan berbuka (sebaik masuk waktunya) dan melewatkan sahur.” (Majma’ az-Zawa’id, 2/275, no. 2609. Kata al-Haitsami, “Hadis riwayat ath-Thabrani dalam al-Kabir dan para perawinya perawi kitab Shahih.”)

‘Amr B. Maimun al-Audi menyatakan, “Para sahabat Muhammad Shallallahu ‘alaihi wa Sallam adalah orang-orang yang paling bersegera dalam berbuka dan paling terakhir (lewat) dalam bersahur.” (Ibnu Hajar, Fathul Bari Syarah Shahih al-Bukhari, 4/199)

Waktu Disunnahkan Bersahur

Waktu disunnahkan memulakan sahur adalah sekitar kira-kira tempoh bacaan lima puluh ayat al-Qur’an sebelum masuknya waktu Subuh. Ini menunjukkan sekitar 15 atau 10 minit sebelum masuknya waktu subuh.

Ini berdasarkan sebuah hadis daripada Zaid B. Tsabit radhiyallahu ‘anhu, beliau berkata:

تَسَحَّرْنَا مَعَ النَّبِيِّ صَلَّى اللَّهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ ثُمَّ قَامَ إِلَى الصَّلَاةِ قُلْتُ كَمْ كَانَ بَيْنَ الْأَذَانِ وَالسَّحُورِ قَالَ قَدْرُ خَمْسِينَ آيَةً

“Kami pernah makan sahur bersama Nabi Shalallahu ‘alaihi wa Sallam. Setelah itu beliau segera menunaikan solat.” Aku bertanya, “Berapa lama jarak antara azan dengan sahur?” Beliau menjawab, “Kira-kira sama seperti (panjangnya) bacaan lima puluh ayat al-Qur’an”. (Hadis Riwayat al-Bukhari, 6/500, no. 1787)

Juga sebagaimana firman Allah Subhanahu wa Ta’ala, “... makan serta minumlah sehingga jelas bagimu benang putih dari benang hitam, iaitu terbitnya fajar (masuknya waktu Subuh).” (Surah al-Baqarah, 2: 187)

Rasulullah menjelaskan lagi:

كُلُوا وَاشْرَبُوا حَتَّى يُؤَذِّنَ ابْنُ أُمِّ مَكْتُومٍ فَإِنَّهُ لَا يُؤَذِّنُ حَتَّى يَطْلُعَ الْفَجْرُ

“Makan dan minumlah kamu sehingga Ibnu Ummi Maktum melaungkan azan. Dan beliau hanya melaungkan azan setelah terbit fajar (setelah masuknya waktu Subuh).” (Hadis Riwayat al-Bukhari, 6/496, no. 1785)

Tiga dalil ini menunjukkan bahawa sunnah makan sahur bermula dari kira-kira 50 ayat bacaan al-Qur’an menuju masuknya waktu Subuh (atau azan dikumandangkan). Dan makan perlu berhenti sebaik sahaja telah jelas masuknya waktu Subuh atau azan dikumandangkan.

Menghabiskan Makan dan Minum Ketika Azan

Rasulullah Shallallaahu ‘alaihi wa Sallam bersabda:

إِذَا سَمِعَ أَحَدُكُمُ النِّدَاءَ وَالْإِنَاءُ عَلَى يَدِهِ، فَلَا يَضَعْهُ حَتَّى يَقْضِيَ حَاجَتَهُ مِنْهُ

“Apabila salah seorang di antara kamu mendengar panggilan (azan subuh) sedangkan bekas (minuman) masih ada di tangannya, maka janganlah ia meletakkannya sehingga ia menyelesaikan hajat darinya (menghabiskan minum).” (Hadis Riwayat Ahmad, 16/368, no. 10629. Abu Dawud, Kitab ash-Shaum, 6/297, no. 2003. Al-Hakim, al-Mustadrak, 1/320, no. 729. Al-Baihaqi, 4/218, no. 7809. Dinilai sahih oleh al-Hakim, adz-Dzahabi, dan al-Albani. Hasan oleh al-Wadi’i dan al-Arnauth. Lihat: al-Albani, as-Silsilah ash-Shahihah, 3/381. Muqbil B. Hadi al-Wadi’i, al-Jaami’ ash-Shahih mimma Laisa fii Shahihain, 2/373-374. An-Nawawi turut memperakui kesahihannya dalam al-Majmu’ Syarah al-Muhadzdzab, 6/312)

Syaikh Muqbil B. Hadi al-Wadi’i rahimahullah meletakkan hadis ini dalam bab:

“Mendengar Azan Sementara Bekas (Minuman) Berada Di Tangan Maka Dibolehkan Untuk Minum Darinya.” (Rujuk: al-Jaami’ ash-Shahih mimma Laisa fii Shahihain. m/s. 373)

Salah seorang perawi hadis ini, ‘Ammar B. Abi ‘Ammar (perawi Abu Hurairah) menyatakan:
وَكَانَ الْمُؤَذِّنُ يُؤَذِّنُ إِذَا بَزَغَ الْفَجْرُ

“Bahawasanya mereka mengumandangkan azan setelah terbit fajar.” (Hadis Riwayat Ahmad, 16/368, no. 10630. Dinilai sahih oleh al-Albani dan al-Arnauth)

Di antara riwayat lain yang menguatkan hadis ini adalah hadis daripada Abu Umamah radhiyallahu ‘anhu. Beliau berkata:

أُقِيمَتِ الصَّلاَةُ وَالإِنَاءُ في يَدِ عُمَرَ فَقَالَ: أَشْرَبُهَا يَا رَسُولَ الله؟ فَقَالَ: نَعَمْ، فَشَرِبَهَا

“Pernah ketika solat hendak didirikan (iqamah) sedangkan bekas (minuman) masih di tangan Umar (al-Khaththab radhiyallahu ‘anhu). Dia bertanya kepada Rasulullah Shallallaahu ‘alaihi wa Sallam, “Adakah aku boleh meminumnya?” Rasulullah menjawab, “Boleh.” Maka ‘Umar pun meminumnya.” (Tafsir ath-Thabari, 3/527, no. 3017. Dinilai sahih isnadnya oleh Ahmad Muhammad Syakir, dan hasan oleh al-Albani)

Juga hadis daripada Abu az-Zubair, beliau berkata:

قَالَ: سَأَلْتُ جَابِرًا عَنِ الرَّجُلِ يُرِيدُ الصِّيَامَ وَالْإِنَاءُ عَلَى يَدِهِ لِيَشْرَبَ مِنْهُ، فَيَسْمَعُ النِّدَاءَ، قَالَ جَابِرٌ: كُنَّا نُحَدَّثُ أَنَّ النَّبِيَّ صَلَّى اللهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ قَالَ: " لِيَشْرَبْ

Aku pernah bertanya kepada Jabir tentang seseorang yang hendak berpuasa sedangkan ia masih memegang bekas untuk minum, kemudian ia mendengar panggilan (azan Subuh). Jabir menjawab:

“Kami pernah mengatakan perkara seperti itu kepada Nabi Shallallaahu ‘alaihi wa Sallam dan beliau bersabda, “Hendaklah ia minum.” (Hadis Riwayat Ahmad 23/82, no. 14755. Al-Albani berkata, “Wa Isnaduhu laa ba’sa bihi fii asy-Syawaahid (Isnadnya tidak mengapa (dapat diguna) untuk penguat).” (as-Silsilah ash-Shahihah, 3/381) al-Haitsami berkata, “Diriwayatkan oleh Ahmad dan isnadnya hasan.” (Majma’ az-Zawa’id, 3/364, no. 4858) Syu’aib Al-Arna’uth menyatakan, “Hasan lighairihi, dan sanad hadis ini dha’if kerana buruknya hafalan Ibnu Lahi’ah.”)

Syaikh al-Albani rahimahullah menyatakan:

وفيه دليل على أن من طلع عليه الفجر وإناء الطعام أو الشراب على يده أنه يجوز له أن لا يضعه حتى يأخذ حاجته منه فهذه الصورة مستثناة من الآية: وكلوا واشربوا حتى يتبين لكم الخيط الأبيض من الخيط الأسود من الفجر. فلا تعارض بينها وما في معناها من الأحاديث وبين هذا الحديث ولا إجماع يعارضه بل ذهب جماعة من الصحابة وغيرهم إلى أكثر مما أفاده الحديث وهو جواز السحور إلى أن يتضح الفجر وينتشر البياض في الطرق راجع " الفتح ( 4 / 109 - 110 ) لأن من فوائد هذا الحديث إبطال بدعة الإمساك قبل الفجر بنحو ربع ساعة. لأنهم إنما يفعلون ذلك خشية أن يدركهم أذان الفجر وهم يتسحرون ولو علموا هذه الرخصة لما وقعوا في تلك البدعة

“Dalam hadis ini terdapat dalil yang menunjukkan bahawa sesiapa sahaja yang mengetahui fajar telah terbit tetapi bekas makanan atau minuman masih berada di tangannya, dia boleh segera menyelesaikan keperluannya tersebut (makan dan minum). Ini adalah bentuk pengecualian dari ayat “... makan serta minumlah sehingga jelas bagimu benang putih dari benang hitam, iaitu terbitnya fajar (masuknya waktu Subuh).” (Surah al-Baqarah, 2: 187)

Ayat ini dan hadis-hadis yang semakna dengannya tidak bertentangan dengan hadis tersebut. Tiada pula ijma’ ulama yang bertentangan dengannya. Bahkan sejumlah sahabat dan selain mereka berpendapat selari dengan makna hadis ini iaitu boleh makan sahur sehingga jelas terbitnya fajar dan menyebarnya cahaya di jalan-jalan (setelah jelas masuknya waktu Subuh). Lihatlah di kitab Fathul Bari (5/109-110). Dalam masa yang sama, hadis ini menolak bid’ah tentang penetapan waktu imsak sekitar 15 minit sebelum terbitnya fajar (sebelum masuknya waktu Subuh). Kebanyakan mereka yang mengamalkannya adalah disebabkan bimbang berkumandangnya azan Subuh dalam keadaan mereka sedang bersahur. Kalaulah mereka mengetahui rukhsah (keringanan) ini, sudah tentu mereka tidak akan terjerumus ke dalam bid’ah sedemikian rupa.” (Tamamul Minnah fii Ta’liq ‘ala Fiqhus Sunnah, m/s. 417-418)

Bersahur Dengan Tamar

Rasulullah Shallallahu ‘alaihi wa Sallam bersabda:
نِعْمَ سَحُورُ الْمُؤْمِنِ التَّمْرُ

“Sebaik-baik makanan ketika seseorang mukmin bersahur adalah tamar (kurma kering).” (Hadis Riwayat Abu Daud, 6/290, no. 1998. Shahih Ibnu Hibban, 8/253, no. 3475. Dinilai sahih oleh Ibnu Hibban, al-Albani, dan Syu’aib al-Arnauth)

Oleh itu, janganlah kita tinggalkan begitu sahaja sunnah bersahur ini walaupun hanya dengan kurma kering mahupun seteguk air. Selain beberapa hikmah dan bentuk barakah (tambahan kebaikan) yang dapat kita lihat secara umum, di sana masih ada lagi bentuk-bentuk barakah yang hanya diketahui di sisi Allah Ta’ala.

Menyahut sunnah makan sahur ini juga termasuk ke dalam ciri-ciri mengerjakan puasa di atas keimanan dan mengharapkan pahala Allah Subhanahu wa Ta’ala. Yang dengannya akan menjadi sebab diampunkan dosa-dosa kita yang telah lalu dan semoga kita dimasukkan ke dalam golongan orang-orang yang bertaqwa.

Wallahu a’lam...