Friday, March 5, 2010
FORUM MAULIDURRASUL
Posted by MT Fansurie at 8:21 AM 0 comments
KURSUS PENGUBATAN ISLAM DARUSSYIFA' KUMP KEDUA
PERSATUAN Kebajikan dan Pengubatan Islam Malaysia (DARUSSYIFA') Cawangan Pulau Pinang akan menganjurkan Kursus Pengubatan Islam Darussyifa' Kumpulan Kedua. Kuliah akan bermula pada 28hb Mac 2010 dan akan berjalan 2 kali sebulan selama setahun.
Pendaftaran dan taklimat lanjut oleh pengerusi Darussyifa' Pusat akan diadakan pada 13 MAC 2010 (SABTU) jam 11-00PAGI di SURAU AT-TAQWA, BERTAM, KEPALA BATAS.
Muslimin dan muslimat yang berminat boleh mendaftar kepada urusetia sebelum 10 MAC 2010
1) UST MAIRAG HJ SAAD
016-432 2101
2) UST MEGAT FAUZI MOHAMAD
012-556 4406
Posted by MT Fansurie at 8:19 AM 0 comments
Thursday, February 25, 2010
SALAM MAULIDURASUL 1431H
Posted by MT Fansurie at 3:50 AM 0 comments
Sunday, February 21, 2010
SAMBUTAN MAULIDUR RASUL 1431H
SAMBUTAN MAULIDUR RASUL 1431H
AKTIVITI DI MASJID AL-MUHSININ
Tarikh: 22-28 Feb 2010
Tempat: Masjid Al-Muhsinin, Taman Danau Desa, Off Jln Klang Lama, KL
maklumat lanjut hubungi: 013-6714932
Acara Khas: 26 Feb 2010 (jam 8.30 pg-12.00 tghri)
- persembahan murid-murid Sek Rendah Agama Masjd Al-Muhsinin
- persembahan pelajar Tahfiz Al-Muhsinin
- pertandingan mewarna / melukis
- pertandingan syarahan / hafazan / tilawah
- tayangan slaid kisah-kisah Nabi SAW
- slot mari dengar cerita Nabi
- bacaan ikrar kanak-kanak & remaja sempena Maulidur Rasul SAW
- Penyampaian hadiah dan anugerah
- dan lain-lain lagi
Posted by MT Fansurie at 2:04 PM 0 comments
Thursday, November 19, 2009
PESTA BULAN ZULHIJAH
Keutamaan Bulan Zulhijjah
1) Bulan Yang Tidak Memilik Kekurangan
Dari Abî Bakrah radhiyallâhu `anhu, dari Nabî Shallâllâhu `alaihi wa Sallam baginda saw bersabda : "Dua bulan yang tidak memiliki kekurangan, adalah bulan `îd :Ramadhân dan Dzul Hijjah." (Muttafaq `alaihi).
2) 10 Hari Di Mana Amalan Lebih Mulia Daripada Jihad
Dari Ibnu `Abbâs radhiyallâhu `anhuma beliau berkata, RasÅ«lullâh Shallâllâhu `alaihi wa Sallam bersabda : "Tidak ada hari-hari untuk beramal shâlih di dalamnya yang lebih dicintai oleh Allah melebihi daripada hari-hari ini." (iaitu sepuluh hari) Para sahabat bertanya, "Wahai RasÅ«lullâh, tidak pula jihâd fî sabîlillâh?". RasÅ«lullâh Shallâllâhu `alaihi wa Sallam menjawab, "Tidak pula jihâd fî sabîlillâh melainkan seorang lelaki yang keluar jiwa dan hartanya (untuk berperang), dan dia tidak kembali membawa sesuatu apapun." (HR al-Bukhârî). Penerangan: Maksudnya sepuluh hari pada awal bulan Dzul Hijjah.
Dari Abî Qatâdah radhiyallâhu `anhu, RasÅ«lullâh Shallâllâhu `alaihi wa Sallam bersabda : "Puasa Arafah, saya mengharapkan kepada Allah agar mengampuni dosa setahun sebelumnya dan setahun setelahnya…" (HR Muslim)
Dari `A`isyah radhiyallâhu `anhâ beliau berkata : Sesungguhnya RasÅ«lullâh Shallâllâhu `alaihi wa Sallam bersabda : "Tidak ada hari yang lebih ramai Allah membebaskan hamba dari neraka selain pada hari `Arafah." (HR Muslim).
Dari `Abdullâh bin `Umar radhiyallâhu `anhumâ, bahawa RasÅ«lullâh Shallâllâhu `alaihi wa Sallam berwukuf pada hari an-Nahar (hari penyembelihan/ 'îdul adhhâ) di antara tempat melempar jumrah (batu kerikil) pada saat baginda saw sedang berhaji, kemudian baginda saw berkata : "Hari apa sekarang?" Para sahabat menjawab, "hari an-Nahar". Lantas Nabî bersabda : "Hari ini adalah hari haji besar." (HR al-Bukhârî).
"Adalah RasÅ«lullâh Shallâllâhu `alaihi wa Sallam berpuasa pada 9 Dzulhijjah, hari `Asyurâ`, tiga hari pada setiap bulan, Isnin pertama setiap bulan dan Khamis." (HR AbÅ« Dâwud dan an-Nasâ`î, di nilai Sahih oleh Shaikh al-Albani).
"Maka sholâtlah untuk Rabb-mu dan berkorbanlah. " (QS al- Kautsar : 2)
"Barangsiapa yang memiliki kelapangan (harta) namun tidak mahu berkorban, maka janganlah dia sekali-kali mendekati tempat sholât kami." (Shahîh Ibnu Mâjah (no. 2532).
Dari Abî Sa'îd al-Khudrî radhiyallâhu `anhu beliau berkata :RasÅ«lullâh Shallâllâhu `alaihi wa Sallam keluar pada hari Adhhâ atau Fithri ke mushollâ (tanah lapang)…" (HR al-Bukhârî).
Di dalam Musannaf Ibn Abi Syaibah dengan sanad yang sahih daripada Ibn Mas'ud r.a. yang bertakbir pada hari Tasyrik dengan lafaz :
Maksudnya : Allah maha besar, Allah maha besar, tidak ada ilah melainkan Allah dan Allah yang maha besar, Allah yang masa besar dan bagi Allah segala puji-pujian. "
Ibn Abi Syaibah juga meriwayatkan di kesempatan yang lain dengan sanadnya sendiri, dimana takbir itu diucapkan sebanyak 3 kali.
Diriwayatkan dari Ummu Salamah Radhiyallahu `anha dari Nabi Shallallahu `alaihi wa sallam baginda bersabda.
"Ertinya : Apabila sepuluh hari pertama (Dzulhijjah) telah masuk dan seseorang di antara kamu hendak berkorban, maka janganlah menyentuh rambut dan kulitnya sedikitpun" (HR Muslim).
http://intisonline. wordpress. com/2009/ 11/15/pesta- 10-hari-awal- zulhijjah/
Posted by MT Fansurie at 7:10 AM 0 comments
Labels: RENUNGAN






